| eMail |

Peti Surat No. 1
91207 KUNAK

089-851478
089-851273
089-852273

089-851298
 

Tengok buku pelawat
Tulis buku pelawat
Cadangan
PROJEK-PROJEK SEDANG DILAKSANA DAN PROJEK MASA DEPAN

Beberapa projek telah dirancang untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Projek-projek ini termasuklah projek Persekutuan dan Negeri yang mana akan memberi faedah kepada Daerah Kunak. 

1.  Pembinaan Hospital Daerah Kunak 

Pada Tahun 1999, upacara pecah tanah telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di Kg. Selamat. Tanah seluas 30 ekar telah diambil oleh Kerajaan. Projek telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM 43 juta dan dijangka siap dalam masa 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 50% setakat suku tahun kedua 2003.

2.  Pembinaan Semporna – Kunak Coastal Highway 

Projek ini telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM160 juta sepanjang 43km. Projek ini dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 45% setakat suku tahun kedua 2003.

3.  Pembinaan Pasar Umum Di Pekan Kunak 

Projek ini telah diluluskan pada dasarnya oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan pada mesyuarat anggaran 1999. Projek ini dicadangkan di kawasan tapak di pinggir pantai dengan kos RM3.5 juta. Perancangan untuk memulakan projek ini dalam tahun 2001 tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

4.  Pembinaan Bangunan Mini Urusetia Daerah Kunak Di Tanah Seluas 50 ekar 

Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan.

5.  Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan 

Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan. 

6.  Pembinaan Kompleks Memproses Ikan 

Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan

7.  Pembinaan 180 Unit Rumah Kos Rendah Dan 6 Unit Kedai Di Simpang   Empat, Kunak. 

Perancangan pihak LPPB untuk memulakan perojek ini dalam tahun 2001 tergendala dan hanya dapat dimulakan pada suku tahun keempat 2002. Penimbusan dan meratakan tapak sedang giat dijalankan setakat suku tahun kedua 2003.

8. Pembinaan Bangunan Mini Sekretariat Di Tapak Pejabat Daerah

Projek ini mula dibina pada 07 Disember, 2000 dan siap sepenuhnya pada 26 Julai, 2002.

9.  Pembinaan Kilang Ais.

Projek ini masih dalam peringkat perancangan

 

 
* * * *
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi |Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi |
| Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian |