
|
Perutusan Pegawai Daerah
Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Kunak. Kejayaan memaparkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif jabatan ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. Sejajar dengan matlamat Reinventing Government (RG), jabatan ini adalah komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan. Adalah menjadi hasrat Pejabat Daerah Kunak agar laman web ini akan dapat berperanan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk:-
Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan bahawa perkhidmatan IT yang diberikan akan mengandungi maklumat yang tepat dan kemaskini kepada pelanggan dari masa ke semasa. Akhir kata, terima kasih kerana melayari Laman Web Pejabat Daerah Kunak. Sebarang cadangan atau komen tentang kekurangan dan keperluan atau kelemahan yang terdapat dalam laman ini adalah dialu-alukan. Cadangan atau komen bolehlah dikemukakan dengan menggunakan 'kotak cadangan'. Sekian dan terima kasih.
|
|||||||||||||
|
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi | | Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian | |