
|
Infrastruktur
KEMUDAHAN BEKALAN AIR
Pada
keseluruhannya, kemudahan bekalan elektrik di Daerah Kunak adalah
memuaskan. Ini adalah kerana seluruh daerah ini termasuk kawasan luar
bandar dan kampong-kampong telah memperoleh bekalan elektrik.
Namun
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat gangguan dan catuan di
beberapa kawasan kerana bekalan tenaga yang disalurkan oleh stesen
janakuasa SESB Kunak sudah tidak mencukupi dan tidak dapat menampung
permintaan yang kian meningkat seiringan dengan pembangunan pesat di
Daerah Kunak kebelakangan ini.
Untuk mengatasi
masalah ini, pihak SESB telah / sedang melaksanakan beberapa projek
seperti berikut :
KAWASAN LUAR BANDAR / KAMPUNG-KAMPUNG YANG TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN BEKALAN AIR SETAKAT 2004
1. Kampong Pangkalan
2. Kampong Jaya Baru
3. Kampong Getah
4. Kampong Bagiang
5. Kampong Selamat
6. Kampong Kunak Tiga
7. Kampong Kabog
8. Kampong Cendrawasih
9. Kampong Lormalong
10.
Kampong Kunak Jaya
CADANGAN PELAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI
MASALAH AIR DI DAERAH KUNAK
A.
RANCANGAN JANGKA PENDEK
1.
CADANGAN MENGGUNAKAN SEMULA LOJI AIR LAMA
Sekiranya
Loji Air Lama di Kg. Bagiang dapat digunakan
semula, loji ini dapat membekalkan air bersih /
dirawat sebanyak 0.5 juta liter sehari.
2.2.
MENGGANTIKAN PAIP-PAIP LAMA
Dengan
menggantikan paip-paip lama jenis A.C. ke MSCL
terutamanya di kawasan-kawasan
di mana kes kecurian air adalah tinggi.
3.3.
MENAIKKAN TARAF SISTEM BACAAN METER KE SISTEM
SPOT BILLING BERKOMPUTER
Dengan
penggunaan sistem spot billing berkomputer,
bacaan meter serta sistem penghantaran (delivery
system) bil dapat dilaksanakan dengan lebih
cepat dan tepat.
4.4.
PROGRAM PEMOTONGAN PENYAMBUNGAN HARAM
Ini akan
menggalakkan penyambungan secara sah di kalangan
masyarakat.
A.
RANCANGAN JANGKA PANJANG
1.1.
CADANGAN UNTUK PEMBESARAN LOJI AIR
KALUMPANG
Cadangan
untuk pembesaran Loji Air Kalumpang
telah dikemukakan semula dalam Rancangan
Malaysia Ke 9. Projek ini dianggarkan
memakan belanja sebanyak RM
29,860,000.00. Loji ini dijangka akan
dapat membekal sebanyak 15 juta liter
air sehari.
KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Kemudahan
pendidikan yang terdapat di Daerah Kunak
adalah memuaskan. Setakat Bulan Jun
2004, terdapat sebanyak 15 buah Sekolah
Rendah, 2 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK), sebuah Sekolah Rendah
Agama (SUIS) dan sebuah Sekolah Menengah
Agama (SMUI) di Daerah ini. Jumlah murid
di Sekolah Menengah Kebangsaan adalah
seramai 2530 orang manakala jumlah murid
di Sekolah Rendah (tidak termasuk SUIS)
adalah seramai 5333 orang. Jumlah tenaga
pengajar (Guru) di Sekolah Rendah adalah
seramai 339 orang manakala di Sekolah
Menengah seramai 136 orang.
INSTITUSI
PENDIDIKAN DI DAERAH KUNAK
Sekolah Rendah
: 15 buah
Sekolah
Menengah Kebangsaan
:
2 buah
Sekolah Rendah
Agama (SUIS)
:
1 buah
Sekolah
Menengah Agama (SMUI)
:
1 buah
Pra Sekolah
:
7 buah
Tabika KEMAS
:
2 buah
Sekolah
Pendidikan Khas
:
1 buah
PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN UNTUK PEMBANGUNAN DAERAH KUNAK
Rangkaian Jalanraya Dan Jambatan Di Kunak Rangkaian jalanraya di Daerah
Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan
persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km.
Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah
180.85 KM. Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan
gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah. Dari segi jambatan pula ia boleh
dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu RC Deek. Sawn Timber Deek,Log
Bride dan Low Level Crossing.
Bekalan Letrik (SESB)
( I ) Kunak Power Station Extension
(Siap Feb 1998)
(II)Menambah Diesel Generating
set )Siap Jan 1999)
Bekalan Letrik Kunak
Pada 1998 dan 1999, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar Malaysia melakukan konsep payung telah melaksanakan
beberapa projek bekalan letrik luar bandar di Kunak iaitu dibeberapa kampung
yang masih belum mendapat bekalan pada masa itu iaitu seperti di
Kg. Airport Batu 10,Kg. Ladang Forest, Gading-Gading Lama/Sapang Air, Kg.
Pekebun Kecil Sapang dan Kg Sri Wawasan dengan memakan jumlah kos
sebanyak RM4,493,638.
KEMUDAHAN KESIHATAN Pada keseluruhannya kemudahan kesihatan di Daerah Kunak masih perlu dipertingkatkan. Di pekan ini terdapat Pusat Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk kunak dengan khidmat seorang Doktor dan 42 orang kakitangan perubatan. Jumlah Purata pesakit luar meningkat hingga 250 hingga 300 orang sehari. Pada masa ini Pejabat Kesihatan Daerah dan Kuaters sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam 3 tahun yang menelan kos sebanyak RM 16 Juta. Pada tahun 2001, difahamkan Hospital baru akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 43 juta. Bagi penduduk yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan di Klinik Swasta. PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN
DI PEKAN KUNAK
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi |Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi | | Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian | |