| eMail |

Peti Surat No. 1
91207 KUNAK

089-851478
089-851273
089-852273

089-851298
 

Tengok buku pelawat
Tulis buku pelawat

Cadangan

Pembangunan Fizikal

Perlaksanaan Projek Pembangunan

Pelaksanaan projek-projek pembangunan Daerah Kunak boleh dikatakan begitu ketara sekali pada Rancangan Malaysia Ke 7. Perlaksanaan projek pembangunan fizikal lebih memberi tumpuan kepada  pembangunan infrastruktur dan bangunan terutamanya membina jalan, menaik taraf jalan, mmbaiki  cerun dan menurap jalan. Di samping projek-projek infrastruktur, projek-projek kecil luar bandar juga  diberi tumpuan. Perlaksanaan projek pembangunan ini dibiayai samada dari peruntukan negeri mahupun peruntukan persekutuan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan lebih RM70 juta telah dibelanjakan  untuk pelbagai projek pembangunan di Daerah KunakProjek-Projek Kecil Luar Bandar

Perlaksanaan projek kecil luar bandar boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu projek kecil luar bandar  melalui peruntukan negeri dan projek kecil luar bandar melalui peruntukan parlimen. Dalam tempoh RM7, dianggarkan lebih RM 5 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan  projek kecil luar bandar di Daerah Kunak. Antara projek kecil luar bandar yang biasa dilaksanakan adalah seperti membina/membaiki jambatan, membaiki surau, membina/membaiki balairaya, membaiki jalan dan pembelian alat-alat kelengkapan  kampung dan sebagainya.  Kebanyakan daripada projek tersebut adalah kecil dan dilaksanakan oleh badan JKKK/Ketua Pelaksana.

PERUNTUKAN PROJEK-PROJEK KECIL LUAR BANDAR BAGI KAWASAN DUN N41 KUNAK
 
Tahun  Jenis Peruntukan Jumlah (RM) 
1997 Peruntukan Negeri (ADUN, Projek Kecil Lain)  RM1,160,200
Peruntukan Persekutuan (Parlimen, Projek Kecil Lain)  RM 388,700
1998 Peruntukan Negeri (ADUN, Projek Kecil lain)  RM1,000,000
Peruntukan Persekutuan ( Parlimen, Projek Kecil lain)  RM770,000
1999 Peruntukan Negeri (ADUN, Projek Kecil lain)  RM1,590,000
Peruntukan Persekutuan (Parlimen, Projek Khas, PK)  RM330,690
2000 Peruntukan Negeri (ADUN, Tambahan ADUN, PK  RM1,988,000
Peruntukan Persekutuan (Parlimen, PK, KEMAS)  RM443,000
 

Projek-Projek Lain Yang Dilaksanakan Dibawah Rancangan Malaysia ke-7
(Bukan dikendalikan oleh JKR)

Beberapa projek besar yang lain juga dilaksanakan di Daerah Kunak pada Rancangan Malaysia ke-7,  antaranya seperti projek membina Masjid Daerah, projek membina Sekolah Rendah dan  Menengah Asrama Penuh Agama Islam serta pembinaan Pejabat Kesihatan.

Pembinaan Masjid Daerah Kunak
 
Projek pembinaan Masjid Daerah Kunaak telah mula dilaksanakan pada 1995 dan siap sepenuhnya pada awal 1998.  Projek ini berharga RM 4 Juta dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini boleh menampung 3000 orang.

Pembinaan Sekolah/Menengah Asrama Penuh Agama Islam Sabah Kunak

Projek pembinaan Sekolah Agama Islam Sabah Kunak, telah mula dilaksanakan pada 1995 dan siap  pada 1996 dengan dibiayai oleh Kerajaan Negeri, kos projek ini ialah 3.45 juta.

Pembinaan Pejabat Kesihatan Kunak Dan Kuarters

Projek ini dimulakan pada Tahun 2000. Pembinaannya telah siap 100%, cuma belum beroperasi lagi. Kos pembinaannya RM16 juta. 

Bekalan Letrik Luar Bandar Rancangan Malaysia Ke-7

Pada 1998 dan 1999, Kementerian Pembangunan  Luar Bandar Malaysia melakukan konsep payung telah melaksanakan beberapa projek bekalan letrik luar bandar di Kunak iaitu bagi beberapa kampung yang masih belum mendapat bekalan letrik pada masa itu, seperti di Kampung Batu 10, Kampung Ladang Forest, Kampung Gading-Gading Lama/Sapang Air, Kampung Pekebun Kecil Sapang dan Kampung Sri Wawasan dengan memakan jumlah kos RM493,638.00 
 
Bekalan Letrik Luar Bandar  Jumlah ( RM )
 Airport Bt. 10   RM 978,000
 Ladang Forest   RM 463,810.40
 Gading-Gading Lama/Sapang Air  RM1,785,283
 Pekebun Kecil Sapang/Asli Baru/ 
 Ulu Madai 
 RM 962,071.70
 Kg. Sri Wawasan Simpang Empat  RM 304474.40
Jumlah 
 RM 4,493,638.00

Data:
SESB Sdn. Bhd Kunak

 
* * * *
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi |
| Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian |