
|
Pembangunan Ekonomi
Pertanian merupakan aktiviti utama
bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah
Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang
120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan
Pertanian, tanah seluas72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko,
kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed
companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie,
Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang
penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada
tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak
PERBANDINGAN KELUASAN (HEKTAR) TANAMAN INDUSTRI
DAERAH KUNAK 2000 – 2003
a. Ladang Binuang - 1 buah
Koko Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko. Perikanan Perikanan merupakan salah satu
aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti
menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk
Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini
menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan
harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan
metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan
Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan
adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah.
Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu
Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri
perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara
komersial. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik
setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan
metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut
Daerah Kunak 1995 - 2000
Industri perhutanan menjadi salah
satu aktiviti penting pada masa dahulu. Bagaimanapun industri ini telah
Terdapat sejumlah 7 buah kilang
papan yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan dan hanya 2 buah sahaja yang
masih beroperasi.
Industri penternakan bukanlah satu aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Kebanyakan penternak hanyalah merupakan penternak sampingan dengan ternakan utama seperti ayam dan itik. Terdapat 4 ladang komersial (1000 ekor ke atas) yang mengusahakan ternakan ayam daging di daerah ini dan 5 orang yang mengusahakan ternakan itik antara 500 hingga 1000 ekor. Purata pengeluaran ayam dan itik adalah 1000 ekor sebulan. Pasaran utama daging ayam dan itik adalah di sekitar kawasan Tawau dan Lahad Datu. Pelancongan Sektor pelancongan bukanlah satu sektor yang aktif di Daerah Kunak, namun sektor ini mempunyai masa depan yang baik dan cerah. Beberapa tempat strategik seperti Gua Madai dan Air Terjun Madai dan beberapa buah pulau seperti Maganting dan Bohayan mempunyai tarikan tersendiri yang boleh menarik pelancong ke daerah ini. Mungkin sudah tiba masanya bagi STPC atau mana-mana agensi pelancongan swasta mempromosikan tempat-tempat ini. Industri Sarang Burung Industri memungut sarang burung merupakan satu aktiviti tradisi yang diusahakan oleh kaum Idahan sejak turun temurun. Sarang burung dipungut dua kali setahun (April dan Ogos) secara giliran mengikut keluarga dan dijual kepada para peniaga di sekitar Kunak.Walaupun industri ini dianggap secara kecil-kecilan, namun sebenarnya ia melibatkan pusingan wang berjuta-juta ringgit
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
| Perutusan | Pentadbiran | Carta Organisasi |Piagam Pelanggan | Pembangunan Ekonomi | | Pembangunan Fizikal | Program PPRT | Infrastruktur | Perhubungan | Projek Masa Depan | Pencapaian | |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||