Halaman Utama Profil PDKNK KUNAK Aktiviti Projek Pembangunan Galeri Muat Turun
Profil PDKNK
Latar Belakang PDKNK
Misi, Visi, dan Objektif
Piagam Pelanggan
Peranan dan Fungsi PDKNK
Carta Organisasi
Anugerah
Hubungi Kami
Soalan Lazim (FAQ)
Pautan Intranet
e-Circular
e-Cuti
e-Gazette
e-Izin Keluar Negeri
e-Izin Kursus Insan
e-Izin Seminar
e-Jemputan
e-Pergerakan
e-Prestasi
Exam online
SM2
SM2 (peribadi)
WEBMAIL
Pautan Pilihan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah
Office Of The Prime Minister of Malaysia - Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah
Kementerian Kewangan Sabah
Institut Integriti Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
MSC Malaysia
Institut Tadbiran Awam Negara

 

Latar Belakang Pejabat Daerah Kunak

Sejarah PDKNK

Pejabat Daerah Kunak, yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil, mula beroperasi pada Januari, 1965. Pembinaan bangunan pejabat ini siap dibina dalam pertengahan tahun 1964. Pada awal operasinya, pejabat ini diketuai seorang Ketua Kerani. Hanya pada Januari 1965 barulah seorang pegawai dari daerah Lahad Datu dihantar untuk mentadbirnya.

Pada ketika itu, Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seramai empat orang kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Kerani, seorang Kerani Am, seorang Peon dan seorang pemandu. Pejabat ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas selaku Ketua Pejabat di pejabat ini ialah Encik Thomas Koroh. Beliau bertugas dari Jan 1965 hingga November 1966.

Naik Taraf sebagai Pejabat Daerah

Pejabat Daerah Kecil, Kunak dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah pada 01 Julai 1981. Encik Salleh Bin Ajak merupakan orang yang pertama menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kunak. Pada 05 Oktober, 1983, bangunan pejabat ini diubahsuai untuk memenuhi keperluan sesuai dengan pertambahan anggota dan peralatan.

Kini, Pejabat Daerah adalah dianggap sebagai penyelaras utama (chief coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah dan sebagai cawangan tempatan yakni perantara di antara rakyat dengan Urusetia Negeri (State Secreteriat) dan Kerajaan Persekutuan.

Pentadbiran Pejabat Daerah

Pegawai Daerah adalah selaku Ketua Jabatan dan Ketua Pentadbir kepada empat bahagian yang terdapat di dalam pentadbiran pejabat ini. Bahagian-bahagian tersebut dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pembangunan Luar Bandar, Bahagian Mahkamah Anak Negeri, dan Bahagian Tanah. Bahagian-bahagian berkenaan masing-masing ditadbir oleh seorang ketua:

  1. Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan - Diketua oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran).
  2. Bahagian Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar - Diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).
  3. Bahagian Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri - Diketuai oleh Ketua Daerah.
  4. Bahagian Pentadbiran Tanah - Diketuai oleh Penyelia Tanah.

PERKARA PENTADBIRAN PDKNK

1. Pentadbiran Am & Kewangan

  • Pemungutan Hasil
  • Perakaunan
  • Pengurusan Pejabat
  • Hal-hal Perjawatan
  • Urusan Protokol
  • Keselamatan
  • Tawaran dan Sebutharga
  • Urusan Setor

2. Pentadbiran Pembangunan

  • Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK).
  • Perancangan projek-projek pembangunan.
  • Integrasi aktiiiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
  • Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.

3. Pentadbiran Tanah

Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bertindak sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah dan urusan pentadbiran tanah di peringkat daerah untuk menguatkuasakan Undang-undang Tanah seperti berikut:

  • Undang-undang Tanah Cap.68
  • Undang-undang Pengambilan Tanah Cap.69

4. Pentadbiran Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah)

Pegawai Daerah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Daerah dalam urusan pentadbiran bagi menguatkuasakan undang-undang seperti berikut:

  • Pelbagai Undang-undang Kecil (By-Laws) Majlis Daerah
  • Standing Orders Majlis Daerah
  • Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
  • Ordinan Perancangan Bandar & Wilayah Cap. 141

5. Pentadbiran Kehakiman (Mahkamah Majistret)

Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai Ex Officio "Second Class Majsitrate" untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

  • Pembicaraan kes-kes kesalahan minor (minor offences)
  • Menandatangani Waran Penjara (Commit to Prison)
  • Menandatangani Waran Reman (Remand Warrant)
  • Menandatangani waran masuk "Mental Asylum"
  • Mengendos atau mengesahkan surat-surat akuan/sumpah/perjanjian dan sebagainya

6. Pentadbiran Luar Bandar

Pegawai Daerah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dilantik sebagai Setiausha Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar Daerah untuk menguruskan pemilihan/ perlantikan Ketua Daerah / Ketua Anak Negeri / Pemimpin Masyarakat Cina / Wakil Ketua Anak Negeri, dan Ketua Kampung.

7. Mahkamah Anak Negeri

Pejabat Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Mahkamah Anak Negeri. Pegawai Daerah mendengar apil daripada Mahkamah Anak Negeri serta memeriksa semula (review) kes-kes dan keputusan-keputusan Mahkamah Anak Negeri menurut kehendak "Native Court Ordinance Cap. 86".

8. Perlesenan

Pejabat Daerah bertindak sebagai pihak berkuasa perlesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen seperti berikut:

  • Lesen berniaga (setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan Daerah).
  • Lesen Minuman Keras yang boleh memabukkan (Liqour) (setelah diluluskan oleh Lembaga.
  • Perlesanan Eksais) menurut Akta Eksais 1976.

9. Urusan Pilihanraya

Pegawai Daerah bertindak sebagai Pendaftar Pemilih dan juga sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya apabila pilihanraya diadakan.

10. Fungsi-fungsi Berkanun Yang Lain

Pegawai Daerah juga terlibat dalam pentadbiran Undang-undang seperti:

  • Maintenance Ordinance 1959
  • Statutory Declaration Ordinanace Cap. 138
  • Road Vehicle Ordinanace
  • Defination Of Native Ordinance Cap.68
  • Administration Of Native and Small Estates Ordinanace Cap.1
  • Auctioneer Ordinanace Cap.9
  • Agricultural Pest Ordinance Cap.4
  • Cattle, Grazing an Pounds Ordinance Cap.31
  • Akta Kawalan Bekalan 1961
  • Burial Ordinanace Cap.19
  • Adoption Ordinance
  • Law Reform (marriage and Divorce) Act, 1976

11. Urusan Protokol dan istiadat

a) Protokol - Pegawai Daerah bertindak sebagai Pegawai Protokol untuk menerima tetamu-tetamu kenamaan (VIP) bagi lawatan-lawatan di daerah.

b) Perayaan dan Majlis-majlis Rasmi - Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir perayaan dan majlis-majlis rasmi Kerajaan di daerah.

12. Pengerusi/Ketua Pelbagai Agensi dan Badan Sukarela

Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi persatuan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:

  • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di peringkat daerah
  • Jawatankuasa Keselamatan Daerah
  • Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan
  • Jawatankuasa Perayaan Pesta Menuai
  • Jawatankuasa Perayaan Maulidur Rasul (bagi Pegawai Daerah beragama Islam)
  • Jawatankuasa Kecil Gerakan Membaca
  • Jawatankuasa-jawatankuasa 'Adhoc' lain yang ditubuhkan dari masa ke semasa

TANGGUNGJAWAB & AKTIVITI BAHAGIAN-BAHAGIAN

1. Bahagian Pentadbiran Am & Kewangan

Bahagian ini bertanggungjawab mengurus:

  • Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan.
  • Pemungutan Hasil.
  • Perlesenan.
  • Perakaunan (memproses baucer-baucer pembayaran pembelian tempatan, tuntutan elaun-elaun perjalanan, elaun Ketua Kampung, gaji kakitangan dan sebagainya).
  • Urusan Fail.
  • Pengurusan Pejabat (kebersihan pejabat dan sebagainya).
  • Pentadbiran pelbagai Undang-undang.
  • Hal-hal Perjawatan.
  • Urusan Tawaran dan Sebutharga.
  • Perlantikan Ketua Daerah/Ketua Anak Ngeri/Wakil-wakil Ketua Anak Negeri/Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung.
  • Keselamatan.
  • Urusan Kehakiman.
  • Urusan Pilihanraya.

2. Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk mengurus:

  • Perancangan projek-projek pembangunan.
  • Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek kecil luar bandar.
  • Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar.
  • Pentadbiran JKKK.
  • Mengemaskini data-data dalam Bilik Gerakan.
  • Mengemaskini PMS on-line.

3. Bahagian Mahkamah Anak Negeri

Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab dalam semua urusan Mahkamah Anak Negeri seperti berikut:

  • Tuntutan Waris
  • Perkahwinan
  • Penceraian
  • Pemberian Sijil Anak Negeri
  • Pentadbiran Ordinan Mahkamah Anak Negeri
  • Pembicaraan kes-kes yang ada kaitan dengan adat resam
  • Memproses permohonan mengangkat anak (adoption)

4. Bahagian Tanah

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penyelia Tanah. Kakitangan di bahagian ini adalah dibawah kawalan Jabatan Tanah & Ukur. Pegawai Daerah terlibat dalam pentadbiran tanah di peringkat daerah sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah. Tugas-tugas dan tanggungjawab bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Memproses Permohonan Tanah
  • Memproses Pengambilan Tanah
  • Memproses Pindahmilik, Penggadaian dan Penyerahan Tanah
  • Membuka Doket serta Memproses "Land Enquiries"
  • Memproses Pendaftaran Geran Tanah
  • Memproses Permohonan Tuntut Waris
  • Memproses Permohonan dan Pendaftaran TOL (Lesen Duduk Sementara)
  • Memungut Cukai Tanah
  • Memproses Penggazetan Tanah Simpanan Kerajaan
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak

Anda adalah Pelawat ke:

Pautan Berita
Berita Harian
Bernama
DailyExpress
Harian Metro
MalaysiaKini
New Straits Times
Sabah Times
Utusan Malaysia
Pautan Bank Online
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
Bank Rakyat
BSN
CIMB
HSBC
Maybank
OCBC
Public Bank
RHB

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2011 © Pejabat Daerah Kunak (PDKNK)
Terma dan Syarat  |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan Penafian
 
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 11/08/2011

Pejabat Daerah Kunak, Peti Surat No. 1
91207 Kunak, Sabah, Malaysia
 
No. Tel : 089-852273 / 089-851478 (Operator)
  089-851273 (Peg. Daerah)
No. Faks : 089-851398