Halaman Utama Profil PDKNK KUNAK Aktiviti Projek Pembangunan Galeri Muat Turun
Kunak
Latar Belakang Kunak
Peta Sabah dan Kunak
Kawasan Menarik di Kunak
Senarai Kawasan dan Kampung di Kunak
Direktori Jabatan dan Badan Berkanun di Daerah Kunak
Pautan Intranet
e-Circular
e-Cuti
e-Gazette
e-Izin Keluar Negeri
e-Izin Kursus Insan
e-Izin Seminar
e-Jemputan
e-Pergerakan
e-Prestasi
Exam online
SM2
SM2 (peribadi)
WEBMAIL
Pautan Pilihan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah
Office Of The Prime Minister of Malaysia - Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah
Kementerian Kewangan Sabah
Institut Integriti Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
MSC Malaysia
Institut Tadbiran Awam Negara

 

Kawasan-kawasan Menarik di Kunak

Binuang

Binuang ialah salah satu Ladang yang terdapat di Daerah Kunak di bawah pengurusan Sime Darby. Jarak dari Pekan Kunak ialah lebih kurang 20KM. Terdapat satu tempat menarik yang terdapat di Binuang, iaitu Kolam Lumpur (Mud Pool) yang pernah menjadi kunjungan pelancong dari luar negara. Kolam Lumpur ini telah di baikpulih mengikut kehendak orang ramai. Lumpur lava yang terdapat di kolam lumpur tersebut kaya dengan mineral dipercayai ada kegunaan dalam merawat badan serta mencantikkan dan menegangkan kulit. Pengunjung boleh mendengar bunyi gelembung setiap kali gelembung lumpur berwarna kelabu melonjak ke permukaan.

Madai

Terdapat dua tempat menarik di Madai. Antaranya ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Pengujung yang ke Madai bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi. Selain daripada berpeluang menikmati keindahan air mengalir di kedua-dua tempat ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.

Air Terjun Madai setinggi 40 meter di Hutan Simpan Madai Baturong terletak lebih kurang 10KM dari Pekan Kunak. Air terjun berkenaan merupakan yang tertinggi diantara air terjun pusat rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1999. Air terjun yang terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 3,436 hektar itu mulanya cuma tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan, namun dibuka kepada orang ramai selepas dibangunkan dengan kos RM460,000. Kawasan rekreasi berkenaan juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama.

Manakala Gua Madai adalah gua batu kapur yang terbentuk sejak puluhan ribu tahun dahulu adalah kawasn yang terkenal sebagai di antara pengeluar sarang burung layang-layang yang utama di Sabah. Gua Madai mempunyai nilai sejarah purba kerana dikatakan penempatan awal manusia pernah wujud di kawasan ini. Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza. Aktiviti mengutip sarang burung diadakan secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta. Proses mengutip sarang burung ini agak dramatik di mana kaum lelaki menyabung nyawa dengan memanjat hingga ke siling gua untuk mengutip sarang burung. Puak Idahan memegang hak sumber ke atas Gua Madai sejak 20 generasi yang lalu.

Mostyn

Mostyn merupakan satu destinasi yang sangat menarik di Daerah Kunak kerana mempunyai beberapa tempat menarik seperti Kelab Golf Tasik Impian, Tapak Pemerintahan Jepun, Terowong tentera Jepun, Kelapa sawit Tertua di Malaysia, Telaga Tiga, dan banyak lagi.

Generasi pertama ladang kelapa sawit yang diusahakan di Pulau Borneo adalah letaknya di Daerah Kunak, sejak 1957 lagi, iaitu Mostyn Estate yang sekarang ini dibawah seliaan Sime Darby Plantation Bhd. Dianggarkan kawasan tanaman kelapa sawit tertua di Borneo ini adalah seluas dua hektar, ditanam pada tahun 1957, yang letaknya tidak jauh dari Tasik Impian Golf Course. Menariknya mengenai pokok kelapa sawit ini, ia masih mendatangkan hasil kepada ladang Mostyn walaupun usianya menjangkau 52 tahun. Buat masa ini masih terdapat 98 buah pokok yang masih bertahan yang mana rata-ratanya mencapai ketinggian 16m setiap satunya. Kawasan tanaman ini dikenali sebagai OP57, yang mana pemilik asalnya ialah Commenwealth Development Corporation atau lebih dikenali sebagai BAL Plantation. Bermula dari kawasan dua hektar tanaman kelapa sawit yang asalnya dari ladang Mostyn inilah Borneo Utara atau sekarang ini dikenali Sabah telah memacu industri kelapa sawitnya hingga ke hari ini. Hari ini kawasn OP57 masih sedia terpelihara sebagai simbol kekuatan industri kelapa sawit di daerah Kunak, bahkan masih meyumbang perolehan ladang dengan kapasiti 12 Tan per hektar.

Salah satu daya tarikan tersendiri yang terdapat di Kunak ialah kewujudan terowong Jepun yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua, Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby, kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang. Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugaskan membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu. Banyak perkara berkaitan terowong Jepun ini yang bergaris pusat empat meter masih menjadi misteri termasuk di mana terowong berkenaan bermula dan di mana pula ia berakhir. Setiap tahun, ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Jadi bagi kita, terowong Jepun ini boleh dijadikan produk pelancongan sejarah.

Pangi

Telaga Tujuh, 4 kilometer daripada Pekan Kunak mendapat nama daripada kewujudan tujuh buah telaga di kawasan itu yang mana terdapat anak sungai yang mengalir dan mengisi telaga-telaga berkenaan. Telaga Tujuh merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh masyarakat sekitarnya. Kawasan tersebut turut mempunyai tanaman semulajadi di sekitarnya. Keunikan yang terdapat pada telaga ialah mempunyai saiz yang berbeza-beza dan terdapat cerita yang menarik disebalik kewujudannya. MITOS dan lagenda Telaga Tujuh yang merangkai hati generasi tua di kampung berdekatan Sungai Atas, Kunak, antara lain mengisahkan tujuh orang puteri jelita dari kayangan turun bermandi manda di Sungai Permanis Dara (Sungai Atas) untuk mengekalkan kejelitaan mereka.

Sungang

Sungang juga merupakan salah satu ladang yang terdapat di Daerah Kunak. Terdapat Kolam Air Panas (Hot Spring) semulajadi di Sungang, 11 kilometer dari pusat pekan Kunak yang dikawal selia oleh Syarikat Sime Darby Plantation Bhd. Setibanya ke destinasi yang dituju, pengunjung akan disambut dengan monyet liar yang berkeliaran di kawasan tersebut. Namun, monyet-monyet tersebut tidak mengganggu pengunjung. Menurut penduduk sekitar, kolam ini mula ditemui pada awal 1960 sewaktu aktiviti pembalakan rancak dijalankan di kawasan ini tetapi kurang mendapat perhatian sehinggalah penempatan masyarakat peladang diwujudkan secara kekal di sini pada 1976 oleh kerajaan negeri, barulah kawasan ini dipulihara oleh masyarakat setempat dan Syarikat yang empunya ladang ini.

Tingkayu

Tingkayu merupakan salah satu tapak Pra-Sejarah (kewujudan manusia pertama) yang menjadi simbolik bagi rakyat Kunak. Tapak kegiatan manusia yang tertua di Sabah terdapat di kawasan Tingkayu. Terdapat sebuah tasik pra-sejarah yang terbentuk akibat aliran lahar yang membendung Sungai Tingkayu lebih 30,000 tahun yang lalu. Peralatan Zaman Batu yang ditemui di tapak ini adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara. Peralatan serupa yang pernah ditemui di lain-lain kawasan di Asia Tenggara baru berusia 17,000 hingga 20,000 tahun yang lalu. Ini bermakna, Orang Purba Tingkayu adalah 10,000 tahun lebih maju berbanding Orang Purba lain di Asia Tenggara. Kajian terperinci di Tapak Purba Arkeologi di Tingkayu telah dibuat pada 1987 dan tapak yang berusia 28,000 tahun itu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Purba Arkeologi di bawah enakmen barang-barang kuno dan harta Karun 1977.

 

[
]

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak

Anda adalah Pelawat ke:

Pautan Berita
Berita Harian
Bernama
DailyExpress
Harian Metro
MalaysiaKini
New Straits Times
Sabah Times
Utusan Malaysia
Pautan Bank Online
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
Bank Rakyat
BSN
CIMB
HSBC
Maybank
OCBC
Public Bank
RHB

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2011 © Pejabat Daerah Kunak (PDKNK)
Terma dan Syarat  |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan Penafian
 
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 11/08/2011

Pejabat Daerah Kunak, Peti Surat No. 1
91207 Kunak, Sabah, Malaysia
 
No. Tel : 089-852273 / 089-851478 (Operator)
  089-851273 (Peg. Daerah)
No. Faks : 089-851398