|
|
Acara Tahunan Daerah Kunak
Sambutan Maulidur Rasul
- Diadakan pada 12 Rabiulawal dalam kalendar Islam (Acara Wajib).
- Diadakan bagi memperingati Pengorbanan Rasulullah s.a.w.
- Disertai oleh semua rakyat di Kunak.
- Pertandingan sepanduk yang diadakan mengikut kategori masing-masing.
- Tempat pelancaran ialah Padang Pekan Kunak bagi perarakan dan Penyampaian Hadiah di Dewan Sri Kunak.
Sambutan Maal Hijrah
- Sambutan Maal Hijrah pada setiap 1 Muharram merupakan salah sebuah program yang wajib untuk dilaksanakan di Daerah Kunak. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
- Maal Hijrah menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Makkah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur.
- Antara peristiwa penting semasa Muharram ialah:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’.
Festival Kesenian Islam
- Berlangsung pada 1 Muharram dalam kalendar Islam (Acara Wajib).
- Masa dan tempat ditentukan oleh AJK selepas mengadakan mesyuarat.
- Mempertandingkan pelbagai acara, seperti Nasyid Moden & Tradisional, Berzanji dan Kompang.
Majlis Tilawah Al-Quran
- Berlangsung sekitar bulan April (Acara Wajib).
- Masa dan tempat ditentukan oleh AJK selepas mengadakan mesyuarat.
- Mempertandingkan acara Tilawah Al-Quran Kategori Qari & Qariah.
Sambutan Pesta Kaamatan
- Dilangsungkan pada 30 & 31 Mei setiap tahun.
- Di sambut oleh semua masyarakat dari kaum Kadazan, Murut dan semua penganut agama Kristian.
- Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan, dan menjadi acara tahunan di Daerah Kunak ini.
- Mempertandingkan banyak acara yang menarik dan setiap pemenang akan mewakili Daerah ke Kota Kinabalu.
Sambutan Hari Kemerdekaan
- Berlangsung pada 31 Ogos setiap tahun.
- Masa dan tempat ditentukan oleh AJK selepas mengadakan mesyuarat.
- Mengadakan pesta dan konsert-konsert untuk memeriahkan sambutan.
- Diadakan bagi memperingati pejuang-pejuang yang pernah memperjuangkan negara.
|
|
|
|
|
|