Kata-kata aluan Pegawai Daerah Kunak
Selamat
datang ke Laman Web Pejabat Daerah Kunak. Kejayaan memaparkan laman web
ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi
dan objektif jabatan ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. Jabatan ini adalah komited
dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan
dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih
cemerlang demi memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan.
Adalah menjadi hasrat Pejabat
Daerah Kunak agar laman web ini dapat berperanan sebagai perantara
dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat
yang bermanfaat kepada pelanggan serta memberikan perkhidmatan elektronik
(e-service) secara interaktif.
Melalui laman web ini juga, jabatan
ini akan berusaha memastikan perkhidmatan IT yang diberikan akan
mengandungi maklumat yang tepat dan kemaskini kepada pelanggan dari masa
ke semasa. Akhir kata, terima kasih kerana melayari Laman Web Pejabat Daerah
Kunak. Sebarang cadangan atau komen
boleh dikemukakan dengan mengisi 'Borang Maklumbalas'.
Sekian dan terima kasih.
SUSILO SUMARTO
Pegawai Daerah Kunak
|