Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat kepada pelanggan yang berurusan dan berusaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Bagi maksud ini, kami berjanji "sentiasa melayani aduan dan membantu mencari penyelesaian masalah pelanggan dalam suasana mesra, adil dan saksama".

A) BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • memproses dan menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • memproses pendaftaran Surat Akuan dan Surat Perjanjian dengan serta-merta.

B) BAHAGIAN PEMBANGUNAN

  • sentiasa bersedia untuk menerima permohonan Projek Kecil Luar Bandar.
  • membuat pemeriksaan permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • menjawab surat permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 2 hari bekerja selepas penyeneraian, pemeriksaan dan penyediaan skop dan anggaran kos perlaksanaan kerja siap dibuat.

C) BAHAGIAN PERLESENAN

  • sentiasa memastikan bahawa borang permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan tersedia untuk dijual.
  • memproses pembayaran tuntutan invois/bil dalam tempoh 2 hari bekerja.
  • memproses tuntutan elaun perjalanan kakitangan dalam tempoh 3 hari selepas diterima.
Pelawat
Reserved 60.1% Reserved
United States 24.8% USA
Malaysia 14.4% Malaysia

Total:

17

Countries
000013545
Today: 14
Yesterday: 9
This Week: 23
This Month: 156