A- A A+


Pejabat Daerah Kota Marudu ditubuhkan pada tahun 1950 sebagai cawangan sementara Pejabat Daerah Kudat dan sekitar tahun 1952 hingga awal tahun 1975 Daerah Kota Marudu menjadi sebuah Daerah kecil saja. Pada masa itu ianya dikenali sebagai Daerah Kecil Bandau dibawah pentadbiran Pejabat Daerah kudat dan ditadbir oleh seorang penolong Pegawai Daerah.

Dalam hal yang demikian, pada tahun 1952 hingga 1960 Daerah Kecil Bandau ini hanya ditadbir secara "Visiting ADO" daripada Pejabat Daerah Kudat kerana pada masa itubelum ada kemudahan-kemudahan asas seperti rumah kerajaan, tenaga elektrik , telefon, air dan sebagainya.

Menjelang pertengahan tahun 1975 taraf Daerah Kecil Bandau ini dinaikkan statusnya kepada Daerah penuh dan sekaligus dinamai sebagai Pejabat Daerah Kota Marudu. Pemilihan nama baru Daerah ini sebagai Kota Marudu adalah mengambil nama tokoh sejarah menentang orang-orang Inggeris Uyang elah membina kota atau kubunya di Teluk Marudu yang bernama Shariff Osman.

Dari tahun 1952 hingga awal tahun 1980 banggunan Pejabat Daerah Kota Marudu terletak di Pekan Lama iaitu kira-kira 3.5 kilometerdari pekan Baru Kota Marudu. Pejabat ini diperbuat daripada kayu dan dihuni oleh beberapa agensi kerajaan. Pada pertengahan tahun 1980 Pejabat Daerah Kota Marudu telah berpindah ke bangunan barunya iaitu Bangunan Urusetia Daerah dan terletak dipekan Baru Kota Marudu sehingga sekarang.

Konsep Penubuhan Pejabat Daerah adalah sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di setiap daerah bertujuan menggerakkan pentadbiran Pembanggunan Luar Bandar dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan seterusnya membawa perubahan sosial, ekonomi, politik dan pembanggunan manusia peringkat daerah.

  Laman ini dikemaskini pada : 30 Ogos 2016

Notis Penafian : Pejabat Daerah Kota Marudu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Paparan Terbaik : Portal ini paling sesuai dipaparkan melalui pelayar Mozila Firefox dan Google Chrome; Resolusi paparan 1024 x 768 pixels


 

PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU, KOTA MARUDU, SABAH

Notis Hakcipta   |  Dasar Privasi    | Dasar Keselamatan   |   Peta Laman

Copyright © 2015 by Pejabat Daerah Kota Marudu, Sabah, Malaysia