Profil Daerah

Keningau Bumi Kayu Manis


Sejarah Daerah Keningau

Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan.  Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus".  Kemasyhurannya  telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.

Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing.  mereka inilah yang memberi gelaran "Kampung Keningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.

Nama "KENINGAU" terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae.

 

Legenda Batu Sumpah

Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah  taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

 

Maskot Daerah Keningau

Payau merupakan salah satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae, Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau Chital).

Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K. whitehead, 1972).  Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak.  Jenis-jenis payau lain yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama dama).  Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.

Payau Sambar merupakan jenis payau yang lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas.  Payau Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus Unicolor Brokei.

 


NOTIS PENAFIAN: Pentadbir laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Untitled Document