Perutusan

 

Encik Amat Mohd Yusof
Pegawai Daerah Keningau

 

Seperti juga Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain, Pejabat Daerah Keningau juga sedang berusaha menempa ruang Laman web dalam dunia internet melalui jaringan seantero dunia.  Melalui laman ini, kami berharap akan dapat mendedahkan daerah ini dalam semua aspek iaitu pentadbiran, pembangunan, sosial, budaya, ekonomi, pelancongan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan anda semua agar melayari laman web ini.  Moga-moga anda akan menimba pengetahuan dan mendapat maklumat yang mungkin menarik dan berguna. 

Pada masa yang sama pihak kami akan sentiasa mengalu-alukan apa-apa juga syor dan komen dari anda semua demi untuk memantapkan lagi laman ini. 

Sekian dan selamat melayari !

 



NOTIS PENAFIAN: Pentadbir laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.