Profil Jabatan

Pejabat Daerah Keningau

 


  • Visi & Misi

    Misi
    Meningkatkan taraf dan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam yang maju, cekap dan berkesan.

    Visi
    Menjadikan Pejabat Daerah Keningau sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Pentadbiran dan Pembangunan.
  • Fungsi

    Pejabat Daerah sebagai:

    -Perancang utama Pembangunan Daerah.
    -Penyelaras Pelaksanaan Pembangunan Daerah.
    -Pemimpin dan Ejen Perubahan di Peringkat Daerah.
    -Penghubung dan Penyambung lidah Kerajaan yang Positif.
    -Pendokong Sistem Pentadbiran yang Cemerlang dan Pelopor Budaya.

  • Objektif

    -Mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang berwawasan, komited, berdaya saing dan ikhlas.
    -Perancang dan pelaksana Program Pembangunan Daerah.
    -Pemimpin dan ejen perubahan di Peringkat Daerah.
    -Penghubung dan penyambung lidah kerajaan di Peringkat Daerah.
    -Pelopor sistem pentadbiran yang berkesan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang kerajaan.
    -Pelaksanaan dasar-dasar umum kerajaan.
    -Menjadikan Pejabat Daerah model dan contoh perkhidmatan awam yang cemerlang.

  • Piagam Pelanggan

    Komitmen kami memberikan perkhidmatan dengan penuh Dedikasi, Bersih, Cekap, Amanah, Adil dan Mesra.

    Memproses permohonan-permohonan yang diterima daripada orang awam seberapa segera, dengan syarat permohonan tersebut lengkap dan teratur.

    Menyegerakan perlaksanaan projek-projek yang terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Keningau, tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.


NOTIS PENAFIAN: Pentadbir laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.