Sejarah Daerah

Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan. Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus". Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.

Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. mereka inilah yang memberi gelaran "Kampung Keningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.

Nama "KENINGAU" terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmanii dan tergolong dalam familia Lauraceae.

 

Pelawat
Malaysia 50.1% Malaysia
United States 36.6% USA
Reserved 11.2% Reserved

Total:

27

Countries
00019807
Today: 30
Yesterday: 21
This Week: 64
This Month: 553