Perutusan Pegawai Daerah

   

 

    Peribahasa menyatakan ‘tak kenal maka tak cinta’, sejajar dengan peribahasa tersebut, Pejabat Daerah Keningau mengambil langkah yang sama seperti jabatan dan agensi kerajaan yang lain sedang giat berusaha membina ruang dan laman web dalam dunia internet melalui jaringan seantero dunia. Melalui laman ini, kami berharap akan dapat mendedahkan daerah ini dalam semua aspek iaitu pentadbiran, pembangunan sosial, etika, budaya, ekonomi, pelancongan dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, saya amat mengalu-alukan anda semua agar melayari laman web Pejabat Daerah Keningau ini, semoga  anda akan dapat menimba seberapa banyak pengetahuan dan memperoleh maklumat yang menarik dan berguna mengenai daerah ini. Sekaligus dapat mengetahui aktiviti yang berlangsung dan dijalankan di Pejabat Daerah Keningau dari masa ke semasa.

    Pada masa yang sama, pihak kami akan sentiasa mengalu-alukan pendapat dan komen yang membina daripada anda semua demi memantapkan lagi perisian laman ini agar dapat menepati maklumat yang anda ingin ketahui melalui laman ini.

     Sekian dan selamat melayari.

Yang kolek itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang molek itu budi,

Yang indah itu bahasa.

 

Haji Yusop bin Haji Osman
Pegawai Daerah Keningau

 

Pelawat
Malaysia 50.7% Malaysia
United States 37.2% USA
Reserved 10.1% Reserved

Total:

27

Countries
00022489
Today: 7
Yesterday: 36
This Week: 179
This Month: 471