Profil Daerah

Keningau Bumi Kayu Manis


Lokasi dan Keluasan Daerah Keningau

Terletak kira-kira 128 KM di Selatan Kota Kinabalu dan terpisah oleh Banjaran Crocker. Ianya disempadani oleh Daerah Tambunan di Bahagian Utara, Daerah Kinabatangan dan Nabawan di Bahagian Timur, Daerah Papar dan Daerah Beaufort di Bahagian Barat dan Daerah Tenom di Bahagian Selatan.

Mempunyai keluasan kira-kira 353,274 hektar atau 3532.74 KM per segi dan terbahagi kepada 14 mukim dan 245 buah kampung. Bilangan populasi mengikut banci penduduk tahun 2000 ialah seramai 155,069* orang dan antara kaum yang terbesar di daerah ini ialah KadazanDusun dan Murut (65%), Cina(18%), Melayu(15%) dan lain-lain(2%).

Kawasan PilihanRaya Daerah Pentadbiran Keningau terkandung dalam Kawasan Parlimen 157 Keningau yang merangkumi kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berikut:-
N.32 Tambunan - 11,086 pengundi
N.33 Bingkor - 19,009 pengundi
N.34 Liawan - 10,240 pengundi

JUMLAH KESELURUHAN: 40,335 PENGUNDI (Tahun 1999)

Daerah Pentadbiran Keningau terbahagi kepada ketiga-tiga kawasan DUN tersebut seperti berikut :
N.32 Tambunan - 17 Lokaliti (1,544 pengundi)
N.33 Bingkor - 98 Lokaliti (19,009 pengundi)
N.34 Liawan - 38 Lokaliti (4,004 pengundi)


NOTIS PENAFIAN: Pentadbir laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.