| Muka Depan | Direktori Telefon | Alamat | Maklum Balas
Menu Utama
 

Piagam Pelanggan

Pejabat Daerah Kota Belud adalah komited untuk :
  1. Mempastikan pengurusan pentadbiran daerah Kota Belud berjalan mengikut peraturan yang ditetapkan;

  2. Mempastikan penyelarasan, perancangan dan pelaksanaan semua projek pembangunan daerah Kota Belud selaras dengan hasrat dan dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan berpandu dan berlandaskan kepada peraturan yang ditetapkan;

  3. Mempastikan pelaksanaan projek-projek kecil / projek-projek khas dan pembelian peralatan mengikut peraturan;

  4. Mengeluarkan Perintah Kerja Am (PKA) dan Pesanan Pembelian (LPO) dalam tempoh 7 (tujuh) hari setelah permohonan projek / pembelian diluluskan;

  5. Mempastikan pemeriksaan ke atas projek dilakukan dalam 7 (tujuh) hari setelah projek siap mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan dalam PKA;

  6. Mempastikan pembayaran dibuat ke atas projek / pembelian dalam tempoh 14 (empat belas hari) selepas semua maklumat dan dokumen lengkap diterima;

  7. Mempastikan tindakan dibuat ke atas kes-kes tuntutan Waris Harta Pusaka Anak Negeri dalam tempoh 30 (tiga puluh hari) selepas semua maklumat lengkap diterima;

  8. Mempastikan pemprosesan lesen niaga baru dan pembaharuan dibuat dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat lengkap diterima;

  9. Mempastikan pungutan hasil diterima mengikut peraturan dan dimasukkan ke dalam Buku Tunai pada waktu yang ditetapkan dan wang dihantar ke bank pada hari yang sama;

  10. Mempastikan sungutan / bantahan orang awam dijawab / dijelaskan dirujuk kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 4 hari selepas semua maklumat diterima;

  11. Mempastikan semua pengesahan sah sijil / dokumen dan pengesahan Surat- Surat Akuan / Sumpah, dan seterusnya pendaftaran yang perlu, dibuat pada hari yang sama;

  12. Mempastikan semua kes Mahkamah Majistret diambil tindakan mengikut Jadual iaitu 7 hari setelah dokumen lengkap diterima;

  13. Memberi perkhidmatan terbaik, adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama.
 
IntraNet
Pautan Pilihan
Berita Online
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © PD Kota Belud 2009. Kemaskini terakhir 18/01/2010

PENAFIAN
: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.