| Muka Depan | Direktori Telefon | Alamat | Maklum Balas
Menu Utama
 

 

Perutusan

Assalamualaikum WBT dan salam SATU MALAYSIA.....

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kota Belud dapat dikemaskini untuk memberi maklumat-maklumat terkini berkaitan hal-hal Pembangunan dan Pentadbiran kepada pelayar-pelayar web.

Dalam menuju ke arah Kerajaan Elektronik, pejabat ini akan sedaya upaya mengambil langkah positif untuk mengemaskini maklumat-maklumat yang ada supaya seiring dengan keperluan teknologi masa kini.

Semoga maklumat berkaitan hal-hal pentadbiran dan pembangunan yang dipaparkan kepada orang ramai khususnya di daerah ini dapat memudahkan urusan dengan Pejabat Daerah Kota Belud. Pada masa yang sama juga, anggota Perkhidmatan Awam hendaklah mempersiapkan diri dengan Pengetahuan Teknologi Maklumat supaya selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Laman web ini juga merupakan saluran untuk pencapaian maklumat pembangunan terkini daerah Kota Belud. Sehubungan itu, saya berharap laman web ini dapat memberi maklumat dan manfaat kepada semua pihak, khasnya pelayar-pelayar Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

"Berkhidmat Untuk Negara Dengan Bersih, Cekap Dan Amanah"

Mohd Najib Muntok
PEGAWAI DAERAH KOTA BELUD

 
IntraNet
Pautan Pilihan
Berita Online
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © PD Kota Belud 2009. Kemaskini terakhir 18/01/2010

PENAFIAN
: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.