Bahagian Pembangunan terbahagi kepada tiga (3) bahagian kecil iaitu Bahagian Perancangan, bahagian Perlaksanaan dan Bahagian Projek Kecil
Bahagian Perancangan:
Bertanggungajwab ke atas perancangan pembangunan di peringkat daerah berdasarkan strategi pembangunan negeri. Pengumpulan data sosio-ekonomi, penyediaan peta-peta asas daerah dan sebagainya. Fungsi utama bahagian ini adalah merancang projek-projek pembangunan daerah berdasarkan data-data terkumpul termasuk Rancangan Malaysia Lima Tahun
Pengemaskinian maklumat-maklumat dalam bank data dan pelan pembangunan daerah juga menjadi salah satu fungsi bahagian ini. Bahagian ini juga menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
Bahagian Perlaksanaan:
Bertanggungjawab ke atas penyelarasan perlaksanaan semua projek pembangunan di peringkat daerah, termasuk projek-projek kecil luar bandar yang diuruskan oleh Pejabat Daerah. Bahagian ini mengesan dan mengawasi perlaksanaan projek-projek dengan mendapatkan maklumbalas daripada agensi-agensi pelaksana dari masa ke semasa dan mengemaskini bank data mengenai tahap perlaksanaan sesuatu projek.
Bahagian Projek Kecil:
Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar yang dirancang sehingga projek itu siap dilaksanakan dengan jayanta. Perancangan projek hendaklah berasaskan pelan pembangunan daerah yang disediakan bahagian perancangan. Perlaksanaan projek termasuk urusan tender / sebutharga, pemeriksaan dan pengawalan projek dan pengesanan projek. Data mengenai tahap perlaksanaan projek hendaklah dihantar ke bahagian perlaksanaan untuk disimpan dalam bank data bagi tujuan pengesanan.
Secara keseluruhannya, Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk menguruskan :
- Perancangan Projek-projek pembangunan
- Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek luar bandar
- Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan projek-projek kecil luar bandar
- Pentadbiran JKKK
- Mengemaskinikan data-data di Bilik Gerakan
- Merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan serta mengemaskini data-data Ketua Isi Rumah Termiskin
- Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan yang dirancangkan oleh agensi-agensi lain
- Menyediakan Pelan Pembangunan Daerah
- Menyelaras Pembangunan Ekonomi Daerah
- Merancang Pembangunan Pelancongan Daerah
|