Daerah Beaufort terletak 90 km dari Kota Kinabalu di Bahagian Pedalaman, Sabah. Ia diterokai pada tahun 1898, dan tertakluk di bawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Daerah ini dinamakan bersempena dengan nama seorang gabenor dalam Kerajaan British Utara iaitu L.P Beaufort.
Secara amnya, Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara.
Daerah Beaufort boleh dihubungi melalui jalanraya dan keretapi dari Kota Kinabalu. Berikut merupakan jalanraya yang menghubungkan Daerah Beaufort:
i. Jalanraya Kota Kinabalu/Beaufort : 90 km
ii. Jalanraya Papar/Beaufort: 54 km
iii. Jalanraya Kuala Penyu/Beaufort: 35 km
iv. Jalanraya Beaufort/Sipitang: 45 km
v. Jalanraya Beaufort/Tenom : 49 km
|