Sukacita
saya mengalu-alukan kepada semua pengguna Laman
Pejabat Daerah Beaufort. Dan saya berharap tuan-tuan akan mendapat
penerangan dan maklumat dari laman ini sebagai sumber rujukan untuk
membantu tuan-tuan mendapatkan perkhidmatan dan perancangan
pembangunan perniagaan dan pelaburan pihak tuan di masa hadapan.
Sebagai sebuah daerah yang mengorak langkah membangun, kita
membangunkan daerah ini dengan beberapa projek mega bagi memanuhi
keperluan pasarana antaranya Pasar Am Daerah, Pekan Baru Selagon
seluas 200 ekar dan menaikkan taraf lebuhraya Beaufort-Sipitang
dan Beaufort-Menumbuk.
Justru itu kepada tuan-tuan yang berminat melabur didaerah Beaufort,
saya mengalu-alukan dan jika sekiranya memerlukan bantuan sila
berhubung dengan pejabat saya untuk mendapatkan bantuan.
Sekian, terima kasih.