Pengenalan Objektif Fungsi Carta Organisasi
Direktori Kelab Rekreasi e-Cuti PADP SM2 PADP
Sistem Izin PADP e-Cuti Negeri


| Objectives | | Committee | | Activities |
 
      

      
  • 6 Julai 2002

 
 
 
 

: Cabaran Memancing Sutera Vista 2002

Diadakan pada 6 Julai 2002 di sepanjang kawasan Heritage yang istimewa di Sutera Harbour, pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 236 peserta telah mengambil bahagian dalam acara tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Menteri Kewangan, Datuk H. Musa Hj. Aman telah menyempurnakan upacara perasmian dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang seperti berikut:

  • Pertama : RM3,000 + 25 kg. beras - Kevin Chong
  • Kedua : RM2,000 + 20 kg. beras - Rahim Sulaiman
  • Ketiga : RM1,500 + 15 kg. beras - Awang Shamsudin Ag. Husni

Pemenang Ke-4, Ke-5 dan Ke-6 masing-masing menerima RM500, RM300 dan RM200 beserta 10 kg. beras setiap seorang, manakala pemenang Ke-7 hingga Ke-10 masing-masing menerima RM100 dan 10 kg. beras. Kesemua pemenang Ke-11 hingga Ke-20 menerima 10 kg. beras setiap seorang.

Para peserta juga memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh Sutera Harbour, Air Asia, Ajinomoto, Kinabalu Color Lab dan Foto 2000M.

Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan, Pejabat Akhbar & Penerbitan akan mendermakan sebahagian daripada hasil yang diperolehi daripada Pertandingan ini untuk projek kemasyarakatan pada bulan Ogos 2002 di Kampung Sonsogon-Magandai, Kota Marudu, manakala Rukun Tetangga Sembulan telah menyumbang RM1,500 kepada Rumah Anak-Anak Yatim Tambunan.

Bagi pihak penganjur bersama iaitu, Persatuan Wartawan Sabah dan Rukun Tetangga Sembulan, kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja, Sutera Harbour Resort dan Spa, sukarelawan dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan kewangan dan sebagainya bagi menjayakan acara tersebut.

Sutera Vista Fishing Challenge 2002

Held on July 6, 2002 at Sutera Harbour's spanking Heritage compound, the competition received tremendous response from the public. A total of 236 participants took part in the event from 8.00 a.m. to 1.00 p.m. Minister of Finance, Datuk Hj. Musa Hj. Aman officiated the event and gave away prizes to the winners as follow:

  • 1st RM3,000 + 25 kg. rice - Kevin Chong
  • 2nd RM2,000 + 20 kg. rice - Rahim Sulaiman
  • 3rd RM1,500 +15 kg. rice - Awang Shamsudin Ag. Husni

The 4th, 5th & 6th winners received RM500, RM300 & RM200 respectively plus 10 kg rice each while the 7th to 10th winners each received RM100 plus 10 kg. of rice. The 11th to 20th winners all received 10 kg. of rice each.

Participants also won lucky draw prizes sponsored by Sutera Harbour, Air Asia, Ajinomoto, Kinabalu Color Lab and Foto 2000M.

The Sabah Journalists Association and the Sports, Recreation & Welfare Club of the Press & Publication Office, JKM will use part proceeds from this competition for the Kg. Sonsogon-Magandai, Kota Marudu community project in August,2002 while Sembulan Rukun Tetangga has contributed RM1,500 to the Tambunan Orphanage.

On behalf of the joint organisers - the Sabah Journalists Association and Sembulan Rukun Tetangga, we wish to record our sincere thanks to all sponsors Sutera Harbour Resort & Spa, volunteers and others who have contributed in cash and kind to make this event a success

  • 9 Februari 2002

 
 
 

: Pertandingan Carrom

Pertandingan Carrom yang diadakan pada 9 Februari lepas, tamat dengan jayanya dalam suasana penuh meriah. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan di antara kakitangan Jabatan Ketua Menteri dan Innoprise Corporation Sdn. Bhd. di Wisma Innoprise. Hadiah menarik merupakan barangan elektrik disamping hadiah-hadiah cabutan bertuah sumbangan daripada pelbagai penaja antaranya kamera, voucher makan malam dan penginapan di hotel bertaraf limaa bintang dan sebagainya. Pertandingan yang julung kali diadakan ini telah menarik 12 peserta dalam perlawanan perseorangan, 7 pasukan dalam pertandingan bergu dan bergu campuran. Syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang seperti berikut

The inaugural Carrom Competition was successfully held on February 9. The objective of the comprtition was to establish rapport and friendship among staff of the Chief Minister's Department and Innoprise Corporation Sdn. Bhd. at Wisma Innoprise.Attractive prizes comprise electrical goods in addition to sponsored lucky draw prizes including a camera, meals and accomodation vouchers at 5-star hotels, etc. The competition drew 12 participants in the individual category and 7 teams in the double and mixed double category. Conratulations and well done to all winners.

Perseorangan/Individual
1st - Rahim Sulaiman
2nd - Mohd. Zikri Abdullah
3rd - Hamzh Hj. Ahmad

Bergu/Double
1st - Mohd. Zikri Abdullah/Mukarim Seran
2nd - Christopher Lojunik/Clarence Norbert
3rd - Hamzah Hj. Ahmad/ Rahim Sulaiman

Bergu Campuran/Mixed Double
1st - Christopher Lojunik/Hajijah Hj. Amit
2nd- Clarence Norbert/Shirley Bonnie
3rd- Mohd.Zikri Abdullah/Helen Dolinting



  • Disember 21, 2001

 
 
 

: Majlis meraikan Hari Raya Aidil Fitri & Krismas

Hari Raya Aidil Fitri dan Krismas diraikan bersama oleh semua kakitangan pejabat ini dan juga jemputan. Acara bertukar-tukar hadiah telah mempereratkan lagi semangat setiakawan dan muhibah. Hidangan yang disajikan sungguh lazat dan menyelerakan. Ucapan terima kasih ditujukan kepada jawatankuasa penganjur di atas usaha menjayakan majlis ini

Hari Raya and Christmas were jointly celebrated by all staff of this office and invited friends. Gifts were exchanged - true to the spirit of sharing. The food was delicious. Many thanks to the Organising Committee for successfully organising this event.



  • November 6, 2001



: Hari Cabaran Malaysia 2001/Malaysia Challenge Day

Pejabat Akhbar telah menyertai 20,400 peserta untuk mengambil bahagian dalam acara besar-besaran yang dianjurkan oleh DBKK dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Persekutuan. 2 pasukan karom dengan 8 pemain bermain secara berterusan selama 15 minit bermula dari jam 10.00 pagi untuk menjayakan majlis ini. Hari Cabaran Malaysia adalah sebagai lanjutan daripada Hari Cabaran Sedunia yang diperkenalkan di Saskatoon, Kanada dalam tahun 1983. Seramai 20 juta orang dari 1,500 bandaraya di 28 negara telah mengambil bahagian dalam acara ini. Malaysia telah menyertainya sejak 1995.

Pejabat Akhbar, joining 20,400 participants took part in this large scale event organised by City Hall in collaboration with the Federal Youth & Sports Department. 2 Carrom teams with 8 players successfully played the game continuosly for 15 minutes from 10.00 a.m. Malaysia Challenge Day is an extension of the World Challenge Day introduced in Saskatoon, Canada in 1983. 20 million people from 1,500 cities in 28 countries have taken part in this event. Malaysia participated since 1995.


Pejabat Akhabar & Penerbitan
Jabatan Ketua Menteri
Press & Publications Office, Chief Minister's Department,
Tingkat 5, Wisma Innoprise, Jln. Sulaman, Teluk Likas, 88817 Kota Kinabalu,
Sabah Malaysia