Segala jenis mata wang yang digunakan hari ini adalah wajjib dikeluarkan
zakat setelah cukup syarat-syaratnya kerana, mata wang tersebut pada dasarnya
ialah emas. Hal ini dipandang dari segi cagarannya di mana, setiap nilai mata
wang yang digunakan, dicagarkan dengan emas tulin.
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT WANG/HARTA |
-
Islam
-
Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).
-
Merdeka.
-
Cukup Nisab.
-
Memiliki tidak kurang daripada satu Tahun (cukup haul).
WAKTU
BAYARAN
Setiap Tahun/bila-bila masa setelah cukup nisab dan haul menikut bukan
Islam.
TEMPAT
PEMBAYARAN
Zakat Wang/Harta hanya boleh dibayar di :-
Kaunter Bayaran,
Pejabat Baitulmal,
Majlis Ugama Islam Sabah,
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu.
(Mengikut waktu Pejabat)
KADAR
BAYARAN
Wang simpanan yang menyamai/melebihi nisab (nilai harga 85 gram emas di
pasaran semasa) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
KAEDAH
PENGIRAAN
Contoh 1
Pada 1 Januari 1994, jumpah wang simpanan En. Ahmad ialah sebanyak
RM3,600, jumlah tersebut berkekalan di dalam simpanannya hingga genap setahun
(354 hari bagi Tahun Hijrah): Oleh kerana jumlah wang simpanannya itu telah
melebihi nilai harga yang paling tinggi bagi 85 gram smas sepanjang Tahun 1994,
maka En Ahmad diwajibkan membayar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada jumlah
wang simpannya.
| RM3,600.00 |
x
|
1 |
= RM90.00 |
|
40 |
|
|
|
Sebagai contoh, nilai harga 85 gram emas bagi Bulan April 1994 ialah
RM2806.00. Nilai ini berubah-ubah pada tiap-tiap Bulan. Untuk mengetahui harga
semasa, Sila hubungi Baitulmal.
Contoh 2
Tarikh
Date
|
No. Kira-kira
Account Number
|
Wang Keluar
With Draw |
Wang Masuk/Faedah
Deposited/Interest |
Baki Balance
|
| 01/01/1993 |
12514 |
|
6,500.00 |
6,500.00 |
|
07/04/1993
|
12514 |
500.00 |
|
6,000.00 |
| 09/05/1993 |
12514 |
700.00 |
|
5,300.00 |
| 28/06/1993 |
12514 |
|
1,000.00 |
6,300.00 |
| 20/10/1993 |
12514 |
900.00 |
|
5,400.00 |
| 30/12/1993 |
12514 |
600.00 |
|
4,800.00 |
| 09/02/1994 |
12514 |
|
300.00 |
5,100.00 |
Ulasan Taksiran
- 01/01/1993 hingga 30/12/1993 sudah cukup haul (Genap setahun).
- Nisab simpanan terendah ialah RM4,800.00 iaitu pada 30 Disember 1993.
- Kadar yang dikenakan zakat ialah RM4,800.00 x 2.5 % = RM 120.00
TAKSIRAN ZAKAT WANG SIMPANAN |
KADAR
DIWAJIBKAN
Wang simpanan wajib dikenakan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.
Jumlah yang ditaksirkan berdasarkan Baki Simpanan Terendah yang kekal genap setahun.
Jumlah simpanan terendah hendaklah menyamai atau melebihi nisab (Paras minima wajib zakat) 85 gram emas mengikut harga pasaran semasa.
Kadar ditaksirkan ialah :-
-
Tahun hijriah 354 kadarnya 2.5%
-
Tahun Masihiah 365 kadarnya 2.57%
CARA BAYARAN
Mengisi borang taksiran zakat yang disediakan oleh pihak Baitulmal Majlis
Ugama Islam Sabah dan mengembalikan semula ke Baitulmal bagi menentukan jumlah
zakat yang patut dibayar atau;
Datang sendiri ke Baitulmal dengan membawa buku simpanan wang anda atau;
Mendapatkan jumlah sendiri dengan formula-formula yang telah ditetapkan
oleh Islam dan serahkan jumlah yang anda patut bayar kepada Baitulmal sama ada datang sendiri atau melalui wakil atau memalui pos.
PASTIKAN !!
Setiap bayaran yang dibuat, anda akan mendapat resit rasmi dari pihak
Baitulmal bagi tujuan rebet cukai pendapatan.
Disediakan oleh
Bahagian Baitulmal dan Zakat
Majlis Ugama Islam Sabah.
baitulmal@sabah.gov.my
|