Taksiran barang-barang Perniagaan adalah wajib
dijalankan oleh setiap peniaga Islam untuk menentukan nilainya yang
akan dijadikan zakat mengikut kadarnya yang tertentu. Dalam hal ini,
semua barang-barang Perniagaan hendaklah dinilaikan apabila sempurna
syarat-syarat wajib zakatnya.
Yang dimaksudkan dengan barang-barang Perniagaan ialah semua harta benda Perniagaan yang diniatkan untuk tujuan
berniaga dan dijadikan barang-barang Perniagaan atau perdagangan
seperti barang-barang runcit, makanan, minuman, pakaian, kenderaan,
pelbagai alatan dan lain-lain.
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN |
-
Islam.
-
Sempurna Milik (kepunyaan mutlak).
-
Merdeka.
-
Genap setahun Perniagaan dijalankan (cukup haul).
-
Cukup Nisab pada tarikh Perniagaan itu sampai haul (genal setahun).
Nisab Perniagaan adalah sama dengan nisab zakat wang.
|
KADAR ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN
|
Kadar zakat Perniagaan yang wajib dikeluarkan
ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada semua nilaian harga
barang-barang yang diperniagakan pada tarikh cukup setahun Perniagaan
dijalankan.
PERATURAN MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN
|
Untuk mengeluarkan zakat Perniagaan, penilaian
semua harga barang-barang yang ada pada masa genap setahun perjalanan
Perniagaan hendaklah dilakukan. Dalam masa penilaian itu dibuat,
hendaklah dimasukkan/ dicampur wang tunai dalam tangan, wang dalam
bank, hutang dalam tangan orang (jika terjamin bayarannya) dan wang
pusingan-wang pusingan lain.
Sekiranya jumlah dari keseluruhan barang-barang
tersebut telah menyamai/melebihi kadar nisab (RM2699.01 sen bagi Tahun
1993 di mana nilai ini berubah-ubah mengikut harga pasaran emas semasa),
maka zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah tersebut wajib
dikeluarkan.
KETENTUAN PERNIAGAAN
|
- Pemilikan yang sah
- Niat berniaga
- Cukup nisbah pada akhir tahun
- Cukup haul
- Bebas dari tanggungan hutang
Pemilikan yang sah
Peniaga adalah terdiri daripada orang Islam
dan telah memiliki satu-satu perniagaan itu secara sah mengikut penilaian
Syariat Islam, samada melalui usaha sendiri, pemberian seseorang atau melalui
perwarisan.
Niat Berniaga
Bagi menentukan wajib atau tidak mengeluarkan zakat perniagaan, mestilah dilihat dari
DUA unsur utama iaitu Niat dan Amalan. Niat
iaitu untuk mendapat keuntungan, manakala Amalan ialah berlakunya jual beli.
Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama. Niat haruslah berterusan tanpa
berubah sebelum sempurna haul serta sampai nisabnya.
Cukup Nisab Pada Akhir Tahun
Diwajibkan zakat apabila nilai perniagaan mencukupi nisabnya. Dalam konteks
ini, adalah seharusnya ditarik perhatian kepada barangan
perniagaan yang dikenakan zakat, iaitu ia adalah barangan yang boleh
dipernilaikan dengan matawang. Sebahagian besar ulamak Islam berpendapat
bahawa nisab harta perniagaan adalah dirujuk kepada nilai matawang yang
bersandarkan kepada kadar Emas dan Perak :
|
Emas 20
misqal @ 25.2259 |
|
@ 85 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun
Qamarriyah) |
|
= 2.577% (Tahun Masihi) |
|
Perak :
200 dirham @ 176.5913 mayam
|
|
@ 6.9732 saga @ 595 gram = 2.5% @ 1/40 (Tahun Qamarriyah) |
|
= 2.577% (Tahun Masihi) |
Mengikut Mazhab Shafie ada tiga pendapat dalam menentukan
di peringkat manakah seharusnya nisab itu wujud:
-
Sempurna nisab pada akhir haul sahaja.
-
Sempurna nisab sepanjang haul dari awal hingga akhir haul.
-
Sempurna nisab pada awal dan akhir haul dan tidak di tengahnya.
Ketiga-tiga pendapat tersebut dikira sempurna dan yang
muktamadnya ialah pendapat (a) di mana sempurna nisab pada akhir haul sahaja
kerana nisab bergantung kepada nilai barangan dan untuk menilai pada setiap masa
adalah suatu kerumitan.
Cukup Haul
Haul bagi zakat perniagaan ialah genap setahun menjalankan
perniagaan, dari waktu membeli barangan dengan niat untuk diperniagakan. Tahun
yang dikira ialah :
-
Tahun Hijrah 354 hari - Kadar wajib 2.5%
-
Tahun Masihi 365 hari - Kadar wajib 2.577%
Bebas Dari Tanggungan Hutang
Maksudnya harta perniagaan yang diambil kira cukup nisab
itu ialah setelah ianya ditolak (dikurangkan) tanggungan Hutang Perniagaan.
HARTA TAMBAHAN
|
a. Harta dari haril usaha
Harta hasil usaha yang diperolehi dari pertumbuhannya
umpamanya daripada keuntungan perdagangan, maka ia adalah mengikuti sumbernya
dalam tahun dan zakatnya.
Dengan itu sesiapa yang mempunyai barang-barang dagangan,
yang sampai satu nisab, lalu barang-barang itu menghasilkan keuntungan, wajiblah
ia mengeluarkan zakat terhadap semuanya baik dari sumber, mahupun dari hasil
usaha (iaitu untung). Dalam hal ini tidak ada pertikaian ulamak.
b. Harta Hasil Pemberian dan Sebagainya
Harta tambahan yang sejenis dengan harta nisabnya tetapi
bukan merupakan cabang atau berkembang daripada harta asalnya, misalnya
diperolehi daripada hasil pembelian aau warisan, berkata Abu Hanifah mengenai
ini:" Hendaklah digabungkan harta tambahan itu kepada herta nisab,
diikutkan kepadanya dalam tahun dan dalam zakat, seta dizakatkan
bersama-sama".
Tekan sini untuk merujuk Contoh-contoh pengiraan Zakat
Disediakan oleh
Bahagian Baitulmal dan Zakat
Majlis Ugama Islam Sabah.
baitulmal@sabah.gov.my
|