Zakat Fitrah ialah Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat
Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:
Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan
Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan
kaum Muslimin.
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH |
- Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
- Mempunyai
harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan
orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
- Wajibnya
zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan
Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum
terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang
lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang
muallaf yang baru memeluk ugama Islam sesudah terbenam matahari
pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah
terbenam matahari akhir Ramadhan.
WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH |
- Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan
Ramadhan.
- Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
- Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan
sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
- Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga
tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
- Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil
Fitri.
TEMPAT KUTIPAN / PEMBAYARAN |
Pembayaran zakat Fitrah boleh dibuat di salah satu daripada
tempat-tempat berikut:-
- Kaunter Bayaran, Pejabat Baitulmal,
Tingkat 1, Blok A, Wisma MUIS,
Majlis Ugama Islam Sabah,
Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu.
- Amil-amil
yang ditauliahkan sama ada di Surau, Masjid, Pejabat Kerajaan atau
tempat-tempat tertentu di sekitar Sabah.
KADAR BAYARAN |
- Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan
asasi seperti beras atau
- Mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan.
- Nilai mengikut kadar sekarang RM4.20 bagi tahun
1421H/ 2000M
Nota : Nilai kadar zakat Fitrah akan berubah dari
masa ke semasa mengikut kesesuaian yang akan ditetapkan oleh Majlis
Ugama Islam Sabah.
LAFAZ AKAD FITRAH |
- Bagi Diri Sendiri
Inilah wang bagi menggantikan Beras
Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala.
- Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
Inilah wang bagi menggantikan Beras
Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah
Taala.
- Bagi Pihak
Inilah wang bagi menggantikan Beras
Fitrah yang wajib bagi
pada Tahun ini yang
diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala.
Disediakan oleh
Bahagian Baitulmal dan Zakat
Majlis Ugama Islam Sabah.
baitulmal@sabah.gov.my
|