Sub Menu 

| Zakat Fitrah | | Zakat Wang/Harta | | Zakat Emas dan Perak |
| Zakat Emas/ Perak | | Zakat Biji-bijian dan Buah-buahan
| Zakat Binatang | | Zakat Perniagaan |


Binatang Ternakan yang diwajibkan zakat adalah terdiri dari:
  1. Kambing biri-biri
  2. Lembu/Kerbau
  3. Unta
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BINATANG TERNAKAN
  1. Islam

  2. Sempurna milik.

  3. Merdeka

  4. Cukup nisab: Permulaan nisab pada kambing biri-biri ialah 40 ekor, pada lembu/ kerbau ialah 30 ekor dan pada unta ialah 5 ekor.

  5. Genap setahun dari tarikh cukup nisab

  6. Binatang Ternakan itu tidak digunakan untuk tujuan kerja seperti bersawah dan lain-lain.

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU / KERBAU


Bilangan Kadar dikeluarkan zakat
30-39 1 ekor anak lembu (Jantan/Betina) berumur 1 tahun
40-59

1 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

60-69

2 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

70-79

2 ekor anak lembu1 tahun ( 1 jantan dan 1 betina)

80-89

2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90-99

3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100-109

3 ekor anak lembu (satu ekor betina beumur 2 tahun dan dua ekor jantan berumur 1 tahun)

110-119 3 ekor anak lembu (satu ekor betina beumur 1 tahun dan dua ekor jantan berumur 2 tahun)

Panduan:

Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur satu Tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor lembu yang berumur 2 tahun.

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

 
Bilangan Kadar dikeluarkan zakat
40-120 1 ekor berumur satu tahun
121-200 2 ekor berumur satu Tahun
201-300 3 ekor berumur satu tahun

Disediakan oleh
Bahagian Baitulmal dan Zakat
Majlis Ugama Islam Sabah.
baitulmal@sabah.gov.my