objektif

a)

Menjadikan KPMHEP sebagai pusat rujukan dan khidmat nasihat dalam pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna;

b)

Memastikan dasar, strategi dan perancangan program dan projek ke arah pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna;

c)
Menyelaras perancangan dan mengesan pelaksanaan semua program dan projek ke arah pembangunan sosial, kepenggunaan, kekeluargaan, perkhidmatan kebajikan, pembangunan wanita dan perkhidmatan perpustakaan;

d)

Memastikan pelaksanaan dan pemantauan ke atas program dan projek mengikut jadual;

e)

Mempertingkatkan kerjasama dan rantaian di kalangan sektor awam, swasta, NGO's dan badan-badan keagamaan bagi mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat bagi menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik;

f)

Memperkukuhkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud dalam membantu anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum;

g)

Menambahbaik sistem penyampaian dalam memenuhi ekspetasi 'stakeholder' dan kumpulan sasar;

h)

Memastikan program pembangunan sumber manusia yang relevan bagi anggota kerja di bawah KPMHEP.

Kembali