Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kerajaan ~ > Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah...
Tarikh:
Masa:

Maklumat Kementerian

Ucapan Menteri
Visi
Misi
Sejarah
Fungsi
Objektif
Lokasi
Mantan Menteri
Agensi-Agensi
Carta Organisasi
Direktori

Bahagian :

Pautan Lain

Paparan terbaik 1024 x 768

Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster


 
Sejarah / Latar Belakang

  • “Kerajaan Tempatan” merupakan satu pembahagian geografi dalam sebuah negara yang berdaulat atau separa daulat, yang mana melaksanakan kuasa pemerintah dalam sebuah kawasan yang tertentu dan ianya berada dibawah kuasa Kerajaan Negeri masing-masing.
  • Kerajaan Tempatan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang, yang mana ianya kerajaan yang boleh didakwa dan mendakwa dan boleh melibatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak.
  • Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di Malaysia.
  • Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No. 11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961.
  • Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pengwujudan Kementerian Kerajaan Tempatan.
  • Pada tahun 1967, Kementerian ini dinamakan sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
  • ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 :
    • OKT 1961 terbahagi kpd 15 bahagian yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada Pihak Berkuasa Tempatan Sabah.
  • Perkembangan Kerajaan Tempatan di Negeri Sabah :
    • 1931 : ‘Sanitary Boards’ (SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah.
    • 1954 : SB diasingkan daripada pejabat Majlis Daerah bagi penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) / Lembaga Bandaran (LB) dibawah ‘Municipalities and Urban Authorities Ordinance 1954.
    • 1961 : Kedudukan MDLB dan LB diperbaiki dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (OKT).