| - Objektif Kementerian berkaitan dengan : |
- Pentadbiran Kerajaan Tempatan
|
- Perancangan Bandar Dan Desa
|
- Pengawalan Pembangunan Perumahan
|
- Pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri
|
| |
| Pentadbiran Kerajaan Tempatan [ke atas] |
-
Membina sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan yang Cekap, kompiten dan responsif melalui penggunaan optimum ICT ;
-
Membina sistem rangkaian sepenuhnya dan perkhidmatan on-line Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri menjelang tahun 2005 ;
-
Mengurangkan pergantungan kewangan PBT kepada kerajaan melalui pemerkasaan PBT;
-
Mempastikan semua undang-undang kecil dan suratcara-suratcara lain senantiasa disemak untuk memenuhi keperluan semasa dan melaksanakannya dengan tegas ;
-
Mempastikan keperluan asas dan kemudahan awam yang mencukupi dapat disediakan untuk meningkatkan taraf hidup pembayar kadar/cukai ;
-
Menyerapkan prinsip-prinsip Local Agenda 21 dalam pentadbiran PBT ;
-
Menghapuskan setinggan menjelang tahun 2010 melalui skim-skim penempatan semula yang teratur dan program-program perumahan kos rendah.
|
Perancangan Bandar Dan Desa [ke atas] |
-
Mempastikan pembangunan dan pertumbuhan bandar dan pekan-pekan baru secara tersusun melalui perancangan fizikal yang teratur;
-
Mempastikan pembangunan fizikal bandar dan luar bandar secara teratur melalui perancangan yang sistematik di semua peringkat;
-
Mempastikan pertumbuhan bandar yang seimbang melalui pembangunan pekan-pekan baru dan pusat-pusat pertumbuhan di kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi.
|
| Pengawalan Pembangunan Perumahan [ke atas] |
-
Meregulasi industri perumahan di Sabah dengan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan untuk menjaga kepentingan semua pihak yang berkaitan.
-
Mempastikan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pemilikan rumah bagi bumiputra adalah dipatuhi.
-
Mempastikan Projek-projek perumahan yang terbengkalai dipulih dan disiapkan.
-
Menyemak dan menguatkuasakan semua undang-undang dan peraturan berkaitan dengan industri perumahan secara berterusan.
|
| Pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri [ke atas] |
|
|