"BERSAMA MEMBUDAYAKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG"

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Loading
Anda di sini : Halaman Utama > Bahagian > Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan >
TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI PERUMAHAN
| Latar Belakang | Objektif | Piagam Pelanggan | Peraturan Pemfailan |
| Peraturan Pendengaran | Persoalan yang sering diadukan oleh pembeli rumah di Tribunal |
| Muat Turun Borang | Carta Organisasi | Carta Prosedur Tuntutan TTPP | Direktori |

"MUDAH, MURAH & MESRA"

Latar Belakang [ke atas]
Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan (TTPP) merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan ekoran pindaan kepada Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1978 sebagaimana yang diperuntukan dibawah Seksyen 19A, Bahagian VII, Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 2 Julai 2007.
Objektif [ke atas]
TTPP menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang menuntut gantirugi/pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan mesra.
Piagam Pelanggan [ke atas]
Semua kes tuntutan perumahan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh pemfailan dengan syarat semua dokumen tuntutan lengkap dan teratur.
Peraturan Pemfailan [ke atas]
  • Pihak menuntut mendaftarkan kes dengan mengisi Borang 1 dalam empat salinan serta melampirkan asas-asas tuntutan dengan bayaran fi sebanyak RM50.
  • Selepas Borang 1 didaftarkan di pejabat TTPP pihak menuntut perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada Pihak Pemaju.
  • Pihak Pemaju boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (4 salinan) beserta bayaran fi sebanyak RM50 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya.
  • Pihak yang menuntut boleh memfailkan pembelaan kepada tuntutan balas jika perlu dalam Borang 3.
Peraturan Pendengaran [ke atas]
  • Tribunal boleh menggalakkan pihak-pihak yang menuntut untuk membuat pengantaraan sebelum pendengaran, dengan mengadakan perbincangan awal secara tidak rasmi dengan pihak-pihak yang terlibat.

  • Apabila sepersetujuan telah dicapai, pengantara boleh membantu pihak-pihak untuk meringkaskan dengan jelas persetujuan itu secara bertulis atau boleh menyediakan suatu ringkasan persetujuan itu bagi tandatangan kedua-dua pihak dan Tribunal hendaklah seterusnya merekodkan terma-terma persetujuan itu sebagai award.

  • Jika tiada persetujuan dicapai, maka Tribunal akan mengadakan pendengaran dengan mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada pihak yang menuntut dan pemaju perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

  • Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan pemaju perumahan tidak boleh diwakili peguam.

  • Jika mana-mana pihak ingin memanggil saksi bagi menyokong tuntutan masing-masing, nama saksi haruslah dikemukakan kepada Tribunal selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pendengaran.

  • Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.

  • Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden Tribunal.

  • Kegagalan mematuhi Award ini adalah menjadi satu kesalahan jenayah, jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kelewatan selepas sabitan.
Persoalan yang sering diadukan oleh pembeli rumah di Tribunal [ke atas]
  • Apakah bidang kuasa tempatan Tribunal?
    - Tribunal boleh mendengar sebarang kes tuntutan yang hanya melibatkan projek-projek perumahan yang dijalankan di Sabah sahaja.

  • Apakah bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal?
    - Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu :

    i. Tuntutan Teknikal
    ii. Tuntutan Bukan Teknikal.

    Tuntutan Teknikal : Tuntutan Teknikal merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P).

    Tuntutan Bukan Teknikal: Tuntutan bukan teknikal merupakan tuntutan selain dari perkara di atas sebagai contoh: gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (Late delivery of Vacant Possession) oleh pemaju.

  • Jika sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, bolehkah pembeli rumah itu memfailkan tuntutan di tribunal?

    - Tidak, ini kerana tuntutan tersebut masih 'premature'. Tuntutan hanya boleh dibuat setelah rumah berkenaan disiapkan dan milikan kosong telah diserahkan kepada pembeli. Aduan perkara ini boleh dibuat terus kepada Unit Kawalan Perumahan dengan menghubungi nombor 088-270526 atau 088-270527.

  • Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa Tuntutan (claim) itu difailkan?

    1. Salinan Perjanjian Jual-Beli (S&P).
    2. Surat Penyerahan Milikan Kosong (Delivery of vacant Possession)/Surat Penyerahan Kunci (Key letter).
    3. Sijil Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation (CFO)).
    4. Surat Notis Tuntutan yang dibuat oleh pembeli rumah kepada pemaju (jika ada).
    5. Lain-lain Dokumen yang boleh menyokong tuntutan.
  • Jika pembeli meminjam dari institusi Kewangan atau Kerajaan Malaysia, perlukah beliau mendapatkan persetujuan sebelum memulakan tindakan atau menjadikan Pihak Berkenaan sebagai satu pihak dalam tuntutan?

    - Tidak perlu. Pembeli boleh membawa tuntutan di atas nama beliau sendiri.

  • Sekiranya pembeli rumah dipaksa bersetuju secara bertulis untuk menerima sejumlah pampasan oleh pemaju, bolehkah pembeli berkenaan menuntut sejumlah baki yang sepatutnya dibayar oleh pemaju di Tribunal?

    - Boleh. Sekiranya masih boleh memenuhi syarat-syarat-

  • Apakah butir-butir yang diperlukan dalam pengiraan jumlah tuntutan gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (late delivery of vacant Possession)?

    1. Tarikh perjanjian Jual Beli.
    2. Tarikh Penyiapan rumah yang dijanjikan dalam perjanjian Jual Beli.
    3. Tarikh Sijil kelayakan menduduki (Certificate of Fitness for occupation (CFO)
    4. Peratus (%) bayaran gantirugi yang dijanjikan dalam perjanjian Jual Beli.
    5. Harga rumah.

Bagaimanakah mengira jumlah tuntutan gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (late delivery of vacant Possession)?

Peratus (%) x harga rumah x jumlah hari lewat = Jumlah tuntutan gantirugi
                                 365

  • Bolehkah pembeli rumah membuat tuntutan sekiranya tuntutan yang serupa sudah dibuat di Mahkamah Tribunal Pengguna atau di Mahkamah Sivil?

    - Tidak
Muat Turun Borang : [ke atas]
Carta Organisasi di TTPP : [ke atas]
Carta Prosedur Tuntutan TTPP : [ke atas]
Direktori [ke atas]

Setiausaha,
Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan,
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Tingkat 8, Blok A, Wisma Tun Fuad Stephen,
Karamunsing, 88999 KOTA KINABALU.

Tel : 088-270524/270525
Fax : 088-270523

NAMA JAWATAN TELEFON INTERCOM
TUAN HJ. AHMAD B. SEDIK PENGERUSI 270521
21
DIWEH @ ROS HJ. DALEH PA / PENGERUSI
23
LEE NYUT YUN @ ESTHER SETIAUSAHA TRIBUNAL 270522
22
RAFIDAH MAQBOOL RAHMAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG
270524 / 270525
14
MOHD HERDDY ERZUAN BIN MOHD SIDIK JURUUKUR BANGUNAN  
JUPRI HJ. MARJAN KETUA PEGAWAI TADBIR/ CC
33
RASEMAH GULZAMAN PEMB. TADBIR  
FIDELIA WONG PEMB. TADBIR  
FRANCIS JOHN PEMANDU  
AZHAR BIN ASSAN PEMB. AM PEJABAT  
NORAINI BINTI SAFIRI PEKERJA AWAM
20


Kelab Kebajikan Dan Rekreasi KKTP Kelab K&R KKTP di facebook

Ramalan Cuaca
e-Solat

MUATTURUN

Maklumbalas mengenai
laman ini?
Sila e-mel kepada
webmaster
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN
Hakcipta Terpelihara 2011 @ Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah
Paparan Terbaik Menggunakan Resolusi 1024 x 768 , Pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome