Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kerajaan ~ > Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah...
Tarikh:
Masa:

Maklumat Kementerian

Ucapan Menteri
Visi
Misi
Sejarah
Fungsi
Objektif
Lokasi
Mantan Menteri
Agensi-Agensi
Carta Organisasi
Direktori

Bahagian :

Pautan Lain

Paparan terbaik 1024 x 768

Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster


 
Unit Pemantauan Dan Penguatkuasaan

1)
Visi [ke atas]
Kearah mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan berteraskan nilai-nilai murni untuk meningkatkan imej dan integriti kementerian khasnya Pihak Berkuasa Tempatan.
2)
Misi [ke atas]
Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan;
Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan mampu mengawal aktiviti perniagaan pusat hiburan dan lain-lain jenis perniagaan yang membawa impak yang positif kepada perkembangan sosial dan penjanaan pendapatan PBT;
Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam dikuatkuasakan dengan cekap dan secara profesional;
 
Memastikan aduan awam dikendalikan dengan teratur dan disusuli dengan tindakan pembetulan sejajar dengan dasar kementerian untuk menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan agar lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan.
Membantu menyelaras dan menyediakan sumber insan yang terlatih, cekap dan berkesan dalam melaksanakan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
3)
Fungsi [ke atas]
 
Memantau pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan sama ada ianya dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;
 
Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan PBT didalam mengawal aktiviti premis perniagaan pusat hiburan dan lain-lain perniagaan dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga yang didapati melakukan pelanggaran sebagai langkah mengelakkan kehilangan hasil PBT dan masalah sosial;
 
Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam;
 
Membantu Pengawal Perumahan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dibawah Enakmen Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan Pemaju-Pemaju) 1978;
 
Mengenalpasti segala kepincangan atau kelemahan dalam pengurusan aktiviti penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya mengambil tindakan serta langkah-langkah bagi membantu meregularisasi dan memperbaikinya;
 
Mengkaji dan mengumpul bahan-bahan yang boleh membantu didalam penggubalan atau penyemakan semula undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang berkaitan dengan premis perniagaan, bangunan, kebersihan dan kesihatan awam mengikut keadaan semasa;
 
Mengkaji keupayaan Unit Penguatkuasa PBT dengan mengambilkira kekuatan tenaga kerja, keperluan pengetahuan dan kemahiran kerja, keperluan peralatan, keperluan lojistik dan prestasi kewangan.
4)
Carta Organisasi [ke atas]
 
5)
Hubungi Kami : [ke atas]
  • Unit Pemantauan Dan Penguatkuasa
    Tingkat 10, Blok A, Wisma Tun Fuad Stephens
    Beg Berkunci No. 2010, Jln. Karamunsing
    88999 Kota Kinabalu
    Sabah.
    Tel : 088-270528
    / Fax : (088) 270530