1
jquery slider by WOWSlider.com v8.7

    Anda di sini : Laman Utama > Mengenai KKTP > Bahagian > Pemantauan

     
    Bahagian PEMANTAUAN  

    | Visi | Misi | Fungsi | Carta Organisasi | Direktori |

    Visi [ke atas]
    Kearah mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan berteraskan nilai-nilai murni untuk meningkatkan imej dan integriti kementerian khasnya Pihak Berkuasa Tempatan.
     
    Misi [ke atas]
    1) Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan;
    2) Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan mampu mengawal aktiviti perniagaan pusat hiburan dan lain-lain jenis perniagaan yang membawa impak yang positif kepada perkembangan sosial dan penjanaan pendapatan PBT;
    3) Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam dikuatkuasakan dengan cekap dan secara profesional;
    4) Memastikan aduan awam dikendalikan dengan teratur dan disusuli dengan tindakan pembetulan sejajar dengan dasar kementerian untuk menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan agar lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan;
    5) Membantu menyelaras dan menyediakan sumber insan yang terlatih, cekap dan berkesan dalam melaksanakan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
       
    Fungsi [ke atas]
    1) Memantau pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan sama ada ianya dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;
    2) Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan PBT didalam mengawal aktiviti premis perniagaan pusat hiburan dan lain-lain perniagaan dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga yang didapati melakukan pelanggaran sebagai langkah mengelakkan kehilangan hasil PBT dan masalah sosial;
    3) Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam;
    4) Membantu Pengawal Perumahan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dibawah Enakmen Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan Pemaju-Pemaju) 1978;
    5) Mengenalpasti segala kepincangan atau kelemahan dalam pengurusan aktiviti penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya mengambil tindakan serta langkah-langkah bagi membantu meregularisasi dan memperbaikinya;
    6) Mengkaji dan mengumpul bahan-bahan yang boleh membantu didalam penggubalan atau penyemakan semula undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang berkaitan dengan premis perniagaan, bangunan, kebersihan dan kesihatan awam mengikut keadaan semasa;
    7) Mengkaji keupayaan Unit Penguatkuasa PBT dengan mengambilkira kekuatan tenaga kerja, keperluan pengetahuan dan kemahiran kerja, keperluan peralatan, keperluan lojistik dan prestasi kewangan.
     
    Carta Organisasi [ke atas]
    Carta Bahagian Pemantauan

    Direktori
    [ke atas]
    Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
    T ingkat 11
    Wisma Innoprise,
    Jalan Sulaman, Teluk Likas,
    88817 Kota Kinabalu.

    No Telefon : 088-328000
    No. Faks : 088-383172

    NAMA JAWATAN
    Isidore Simin Encik Isidore Simin

    Emel :
    Isidore.Simin
    @sabah.gov.my
    Jurutera
    Amir Bin Hj. Sualin Encik Amir Bin Haji Sualin

    Emel :
    Amir.Sualin
    @sabah.gov.my
    Pegawai Penguatkuasa
    Abd. Mennan Bin Attan Encik Abd. Mennan Bin Attan

    Emel :
    AbdMannan.Attan
    @sabah.gov.my
    Penolong Jurutera
    Ibrahim Terki Encik Ibrahim Terki

    Emel :
    Ibrahim.Terki
    @sabah.gov.my
    Penolong Pegawai Tadbir
    Encik Datu Mohd Hadzizan Bin Suli

    Emel :
    Hadzizan.Suli
    @sabah.gov.my
    Pen. Peg. Penguatkuasa
    Masaini Ibrahim Puan Masaini Bte Setu @ Ibrahim

    Emel :
    Masaini.Setu
    @sabah.gov.my
    Pembantu Penguatkuasa
    Asni Ibrahim Encik Asni @ Rozlee Bin Ibrahim

    Emel :
    Rozlie.Ibrahim
    @sabah.gov.my
    Pembantu Penguatkuasa
     

    [ke atas]