| | Visi | Misi | Fungsi | Carta Organisasi | Direktori |
Visi [ke atas]
| |
|
|
Kearah mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan berteraskan nilai-nilai murni untuk meningkatkan imej dan integriti kementerian khasnya Pihak Berkuasa Tempatan. |
Misi [ke atas]
| |
- Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan;
- Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan mampu mengawal aktiviti perniagaan pusat hiburan dan lain-lain jenis perniagaan yang membawa impak yang positif kepada perkembangan sosial dan penjanaan pendapatan PBT;
- Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam dikuatkuasakan dengan cekap dan secara profesional;
- Memastikan aduan awam dikendalikan dengan teratur dan disusuli dengan tindakan pembetulan sejajar dengan dasar kementerian untuk menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan agar lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan;
- Membantu menyelaras dan menyediakan sumber insan yang terlatih, cekap dan berkesan dalam melaksanakan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
|
Fungsi [ke atas]
| |
- Memantau pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan bagi menentukan sama ada ianya dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;
- Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan PBT didalam mengawal aktiviti premis perniagaan pusat hiburan dan lain-lain perniagaan dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga yang didapati melakukan pelanggaran sebagai langkah mengelakkan kehilangan hasil PBT dan masalah sosial;
- Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam;
- Membantu Pengawal Perumahan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dibawah Enakmen Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan Pemaju-Pemaju) 1978;
- Mengenalpasti segala kepincangan atau kelemahan dalam pengurusan aktiviti penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya mengambil tindakan serta langkah-langkah bagi membantu meregularisasi dan memperbaikinya;
- Mengkaji dan mengumpul bahan-bahan yang boleh membantu didalam penggubalan atau penyemakan semula undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang berkaitan dengan premis perniagaan, bangunan, kebersihan dan kesihatan awam mengikut keadaan semasa;
- Mengkaji keupayaan Unit Penguatkuasa PBT dengan mengambilkira kekuatan tenaga kerja, keperluan pengetahuan dan kemahiran kerja, keperluan peralatan, keperluan lojistik dan prestasi kewangan.
|
Carta Organisasi [ke atas]

Direktori [ke atas]
Bahagian Pemantauan
Tingkat 10, Blok A, Wisma Tun Fuad Stephens
Beg Berkunci No. 2010, Jln. Karamunsing
88999 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel : 088-270528
|