Selamat Datang Ke Laman Web ~ > Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah...
Tarikh:
Masa :



Maklumat Kelab

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-

-
-
-
-

-
-
-

-
-

Nama
Tempat Urusan
Logo
Tujuan
Keahlian
Yuran
Pemberhentian & Pemecatan Ahli
Mesyuarat Agung
Jawatankuasa
Kewajipan-Kewajipan Pegawai
Kewangan
Pemeriksa Kira-Kira
Pengamanah
Tafsiran Undang-Undang
Penasihat/ Penaung
Larangan
Pindaan Undang-Undang
Pembubaran
Carta Organisasi


Paparan terbaik 1024 x 768


Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster


 
Mesyuarat Agung (Fasal 8)
  1. Pengelolaan Kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :

    a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam tahun yang lalu;

    b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;

    c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira dua tahun sekali; dan
    (Dipinda lihat PPP/SB13/98(42) bertarikh 28.12.2003)

    d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Kelab.

  5. Mesyuarat Agung Khas bagi Kelab ini boleh diadakan :

    a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

    b) atas permintaan ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

  6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

  8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

  9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
Penafian :
Pihak KKTP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Hakcipta Terpelihara 2007 @ Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan