Semasa penubuhan awal Kementerian ini, beberapa Ordinan telah digunapakai bagi memastikan kementerian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Ordinan-ordinan ini telah diperbaiki dan ditambah mengikut kesesuaian dan juga peredaran zaman.
(i) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (No. 11)
(ii) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 (Cap. 141)
(iii) Ordinan Pentadbiran Luar Bandar 1951 (Cap. 132)
(iv) Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1952 (Cap. 86)
(v) Ordinan Hiburan Awam 1958 (No. 23)
(vi) Rent Control (Business premises) Enactment 1960
(vii) Ordinan Kesihatan Awam 1960 (No. 7)
(viii) Ordinan Anjing 1960 (No.24)
(ix) Ordinan Petroleum 1961
(x) Enakmen Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan Pemaju-Pemaju Perumahan) 1978
(xi) Enakmen Penguasa Pembangunan Perumahan dan Bandar, 1981.
Kementerian ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturan dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan/Enakmen diselaraskan secara teratur dan dikuatkuasakan oleh PBT. Kementerian juga bertanggungjawab dalam menyediakan draf Undang-Undang Kecil serta peraturan dan pindaan-pindaan berkaitan dengan undang-undang. |