Selamat Datang Ke Laman Web ~ > Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah...
Tarikh:
Masa :



Maklumat Kelab

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-

-
-
-
-

-
-
-

-
-

Nama
Tempat Urusan
Logo
Tujuan
Keahlian
Yuran
Pemberhentian & Pemecatan Ahli
Mesyuarat Agung
Jawatankuasa
Kewajipan-Kewajipan Pegawai
Kewangan
Pemeriksa Kira-Kira
Pengamanah
Tafsiran Undang-Undang
Penasihat/ Penaung
Larangan
Pindaan Undang-Undang
Pembubaran
Carta Organisasi


Paparan terbaik 1024 x 768


Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster


 
Kewangan (Fasal 11)
  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Kelab, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai- pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
  2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab.

  3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab.
  4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang kurang daripada RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

  5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Kelab.
  6. Tahun kewangan Kelab ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

Penafian :
Pihak KKTP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Hakcipta Terpelihara 2007 @ Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan