1
jquery slider by WOWSlider.com v8.7

    Anda di sini : Laman Utama > Mengenai KKTP > Bahagian > Teknologi Maklumat

     
    Bahagian TEKNOLOGI MAKLUMAT  

    | Pengenalan | Visi | Misi | Dasar | Fungsi | Piagam Pelanggan | Direktori |
    | Dasar Keselamatan ICT-KKTP |

    “ MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MELALUI ICT “
       
    Pengenalan [ke atas]
    Kumpulan Sokongan IT Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan adalah merupakan satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat di Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan. Objektifnya adalah untuk menyokong pencapaian misi dan visi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan melalui penggunaan teknologi komputer terkini dan berkesan. Kami juga bersedia untuk membantu semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Kerajaan dalam usaha menyebarkan maklumat dan permasalahan ICT kepada pihak yang berkenaan.

    "PROFESIONALISMA TERAS KEUNGGULAN"

     
    Visi [ke atas]
    Menjadi peneraju Transformasi Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan, Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian dan PBT-PBT negeri Sabah Untuk Mencapai Perkhidmatan Awam yang berpendekatan Whole–of-Government dan Citizen Centric .
       
    Misi [ke atas]
    Memantapkan Keupayaan dan Kapasiti Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan, Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian dan PBT-PBT negeri Sabah melalui ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya.
       
    Dasar [ke atas]
    JPKN adalah komited untuk mencapai kepastian kualiti dalam memberi Perkhidmatan Konsultansi dan Perolehan Sistem Komputer kepada Kementerian, Jabatan Kerajaan & Badan Berkanun Negeri dalam jangka masa yang telah ditetapkan melalui penambahbaikan berterusan berdasarkan MSISO9001:2000.
       
    Fungsi [ke atas]
    1) Melakukan perancangan jangka pendek bagi keperluan komputerisasi Kementerian;
    2) Menyediakan dan mengendalikan latihan-latihan yang berterusan dalam penggunaan pelbagai sistem aplikasi kepada kakitangan sedia ada dan kakitangan baru;
    3) Menentukan pewujudan sistem rangkaian yang diperlukan dari masa ke semasa;
    4) Memastikan dan melakukan pembaikpulihan terhadap sebarang masalah sistem rangkaian dalam Kementerian;
    5) Penyelenggaraan harian terhadap sistem-sistem aplikasi yang terdapat dalam sistem rangkaian;
    6) Menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh setiap kakitangan dalam menggunakan sistem komputer;
    7) Memberikan perkhidmatan konsultasi IT kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian;
    8) Meningkatkan dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian dilaksanakan dengan teratur dan sejajar dengan Pelan Induk IT Negeri;
    9) Memainkan peranan sebagai penghubung dengan pihak-pihak tertentu seperti pembekal-pembekal komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan pihak-pihak tertentu dalam hal-hal berkaitan komputerisasi;
    10) Membantu Chief Information Officer (CIO) dalam hal-hal penggunaan IT yang bersesuaian dengan perlaksanaan Kerajaan Elektronik di Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian.
       
    Piagam Pelanggan [ke atas]
    1) Sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan komputerisasi yang berkualiti atas permintaan pengguna demi kemajuan Kerajaan Negeri Sabah dalam pelaksanaan dan penggunaan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan;
    2) Sentiasa memastikan pemprosesan data bagi semua pengguna berjalan dengan lancar, tepat dan teratur;
    3) Sentiasa memastikan fungsi kementerian dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Teknologi Maklumat Negeri;
    4) Sentiasa bersedia berkhidmat dengan penuh profesionalisma.
       

    Direktori [ke atas]

    Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
    T ingkat 10
    Wisma Innoprise,
    Jalan Sulaman, Teluk Likas,
    88817 Kota Kinabalu.

    No Telefon : 088-328000
    No. Faks : 088-383172


    NAMA JAWATAN
    Puan Dg. Faridah Pg. Fauzi

    Emel :
    DgFaridah.PgFauzi
    @sabah.gov.my
    Juruteknik Komputer

    [ke atas]