"BERSAMA MEMBUDAYAKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG"

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Loading
Anda di sini : Halaman Utama > Bahagian > Bahagian/Unit > Teknologi Maklumat >
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
( KSIT-KKTP )

| Pengenalan | Visi | Misi | Dasar | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Direktori |
| Pelan Strategik ICT KKTP 2011-2015 | Dasar Keselamatan ICT-KKTP |

“ MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MELALUI ICT “

Pengenalan [ke atas]

Kumpulan Sokongan IT Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan adalah merupakan satu bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat di Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan. Objektifnya adalah untuk menyokong pencapaian misi dan visi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan melalui penggunaan teknologi komputer terkini dan berkesan. Kami juga bersedia untuk membantu semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Kerajaan dalam usaha menyebarkan maklumat dan permasalahan ICT kepada pihak yang berkenaan.

"PROFESIONALISMA TERAS KEUNGGULAN"

Visi [ke atas]

Menjadi peneraju Transformasi Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan, Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian dan PBT-PBT negeri Sabah Untuk Mencapai Perkhidmatan Awam yang berpendekatan Whole–of-Government dan Citizen Centric .

Misi [ke atas]

Memantapkan Keupayaan dan Kapasiti Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan, Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian dan PBT-PBT negeri Sabah melalui ICT bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya.

Dasar [ke atas]

JPKN adalah komited untuk mencapai kepastian kualiti dalam memberi Perkhidmatan Konsultansi dan Perolehan Sistem Komputer kepada Kementerian, Jabatan Kerajaan & Badan Berkanun Negeri dalam jangka masa yang telah ditetapkan melalui penambahbaikan berterusan berdasarkan MSISO9001:2000.

Fungsi [ke atas]

a)
Melakukan perancangan jangka pendek bagi keperluan komputerisasi Kementerian;
b)
Menyediakan dan mengendalikan latihan-latihan yang berterusan dalam penggunaan pelbagai sistem aplikasi kepada kakitangan sedia ada dan kakitangan baru;
c)
Menentukan pewujudan sistem rangkaian yang diperlukan dari masa ke semasa;
d)
Memastikan dan melakukan pembaikpulihan terhadap sebarang masalah sistem rangkaian dalam Kementerian;
e)
Penyelenggaraan harian terhadap sistem-sistem aplikasi yang terdapat dalam sistem rangkaian;
f)
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh setiap kakitangan dalam menggunakan sistem komputer;
g)
Melakukan kajian, merekabentuk, pembangunan dan penyelenggaraan, serta mengkaji semula sistem-sistem aplikasi yang ada dan yang baru;
h)
Memberikan perkhidmatan konsultasi IT kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian;
i)
Meningkatkan dan memastikan perlaksanaan aktiviti-aktiviti komputerisasi di Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian dilaksanakan dengan teratur dan sejajar dengan Pelan Induk IT Negeri;
j)
Memainkan peranan sebagai penghubung dengan pihak-pihak tertentu seperti pembekal-pembekal komputer, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan pihak-pihak tertentu dalam hal-hal berkaitan komputerisasi;
k)
Membantu Chief Information Officer (CIO) dalam hal-hal penggunaan IT yang bersesuaian dengan perlaksanaan Kerajaan Elektronik di Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian.

Piagam Pelanggan [ke atas]

a)
Sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan komputerisasi yang berkualiti atas permintaan pengguna demi kemajuan Kerajaan Negeri Sabah dalam pelaksanaan dan penggunaan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan;
b)
Sentiasa memastikan pemprosesan data bagi semua pengguna berjalan dengan lancar, tepat dan teratur;
c)
Sentiasa memastikan fungsi kementerian dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Teknologi Maklumat Negeri;
d)
Sentiasa bersedia berkhidmat dengan penuh profesionalisma.

Carta Organisasi [ke atas]


Direktori [ke atas]

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
Tingkat 4, Blok C, Wisma Tun Fuad Stephens
88999 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel : 088-256744
Fax : 088-234076

NAMA JAWATAN TELEFON INTERCOM
ISMA SYAFRY JUDIN PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT 219524 34
HANIDAH ABIN PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT 256744 37
ZURAIDAH JAMIL PEN. PEG. TEKNOLOGI MAKLUMAT 37
DG. FARIDAH PG. FAUZI JURUTEKNIK 33


Kelab Kebajikan Dan Rekreasi KKTP Kelab K&R KKTP di facebook

Ramalan Cuaca
e-Solat

MUATTURUN

Maklumbalas mengenai
laman ini?
Sila e-mel kepada
webmaster
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN | PETA LAMAN
Hakcipta Terpelihara 2011 @ Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah
Paparan Terbaik Menggunakan Resolusi 1024 x 768 , Pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome