Selamat Datang Ke Laman Web ~ > Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah...

Paparan terbaik 1024 x 768


Maklumbalas mengenai laman ini? Sila e-mel kepada webmaster


 
Aktiviti Sosial Sukan Bowling Kelab Kebajikan Dan Rekreasi KKTP

| Tujuan | Syarat Penyertaan | Bayaran | Format | Pemenang | Hak Penganjur | Rayuan |
| Maklumat Tambahan | Hadiah | AJK Penganjur | Keselamatan/First Aid |

Tujuan ke atas

  • Sukan Bowling ini adalah satu aktiviti sosial dalam merapatkan hubungan di antara ahli-ahli kelab yang merupakan anggota KKTP dengan orang awam serta anggota agensi-agensi di bawah naungan KKTP.
  • Sukan bowling ini juga bertujuan untuk aktiviti bersenam kepada semua yang terlibat.

Syarat Penyertaan ke atas

  • Terbuka
  • Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 3 pemain.
  • Setiap pasukan dikehendaki memberikan nama pasukan.
  • Had umur tidak ditetapkan / terbuka.
  • Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.

Bayaran ke atas

  • Bayaran penyertaan ialah sebanyak RM300 untuk setiap pasukan. Bagi Ahli Kelab KKTP yang berdaftar, yuran dikenakan sebanyak RM200 untuk setiap pasukan dengan syarat ketiga-tiga pemain adalah ahli kelab.
  • Pihak Penganjur akan menanggung perbelanjaan menyewa lorong (lane) dan kasut. Kos-kos lain berkaitan dengan pertandingan ini seperti pengangkutan dan makanan perlu ditanggung sendiri oleh para peserta.
  • Borang serta yuran penyertaan hendaklah sampai ke meja pengurusan selewat-lewatnya 21 Julai 2008 (Isnin).
  • Pembayaran yuran secara ansuran boleh diterima oleh itu pembayaran akhir perlu dijelaskan pada tarikh tutup penyertaan.
  • Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri selepas tarikh tutup penyertaan.
  • Penyertaan akan ditolak sekiranya pembayaran yuran pendaftaran gagal dibuat dalam masa yang ditetapkan.
  • Pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat melalui Jawatankuasa Penganjur. Sekiranya pembayaran dalam bentuk cek, sila buat pembayaran melalui berikut :
    • Nama : Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.
    • Bank : Alliance Bank Malaysia Berhad
    • No. A/C : 101960010088842
    • (Jika anda telah membuat pembayaran yuran tersebut, sila sahkan pembayaran anda dengan mendapatkan resit rasmi daripada AJK Penganjur untuk tujuan rekod. Simpan bank-in slip dan maklumkan penganjur untuk tujuan pengesahan sekiranya pembayaran dibuat melalui bank-in)

Format ke atas

  • Pertandingan adalah dijalankan secara berpasukan yang diwakili oleh 3 orang peserta.
  • Penentuan lorong (lane) akan dibuat secara undian sebelum hari pertandingan.
  • Jumlah keseluruhan jatuhan pin akan dikira selepas menamatkan permainan.
  • Kerjasama dari setiap pasukan juga adalah diharapkan untuk merekod "scoresheet" dengan tepat dan jujur serta membetulkan kesalahan yang direkodkan oleh komputer. "Scoresheet" juga akan dikawal selia oleh pihak penganjur.

Pemenang ke atas

  • Jika terdapat jumlah jatuhan pin yang sama di kalangan pasukan maka pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin tertinggi.
  • Contoh :
    • Jumlah jatuhan pin selepas 3 permainan untuk pasukan A dan B ialah 3200.
        Permainan1 Permainan2 Permainan3
      Pasukan A 800 810 800
      Pasukan B 810 780 820
    • Pasukan B akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana jumlah jatuhan pin di permainan 3 ialah 820 berbanding 810 untuk pasukan A di permainan 2.

Hak Penganjur ke atas

  • Menolak mana-mana penyertaan.
  • Menunda atau membatalkan pertandingan. Notis penundaan atau pembatalan akan diberikan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pertandingan (jika berkenaan).
  • Penganjur akan memulangkan kembali yuran penyertaan dalam masa 7 hari dari tarikh pembatalan.
  • Keputusan pertandingan akan diumumkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur dan keputusan adalah muktamad kecuali terdapat bantahan atau protes.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kehilangan peralatan atau harta benda mana-mana pihak semasa pertandingan dijalankan.

Rayuan ke atas

  • Jika terdapat perkara berbangkit yang tiada di dalam peraturan ini termasuk kes-kes rayuan maka bolehlah diselesaikan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur. Bantahan tersebut hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut.
  • Tiap-tiap bantahan yang dikemukakan hendaklah disertakan bersama-sama wang pertaruhan sebanyak RM50.00. Wang pertaruhan dianggap lupus/tidak boleh dituntut semula sebagai kos bantahan yang dibuat.

Maklumat Tambahan ke atas

  • 'Foul Lines' akan digunakan dalam pertandingan ini.
  • Setiap pasukan hendaklah berada di tempat permainan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.
  • Peserta boleh menggunakan bola dan kasut yang disediakan oleh Pin Junction tanpa sebarang bayaran.
  • Peserta tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan permainan kecuali di tempat yang telah dikhaskan untuk merokok atau di luar Pin Junction.
  • Ahli keluarga atau bukan pemain tidak dibenarkan berada di dalam kawasan permainan. Ini adalah untuk mengelak kesesakan di kawasan permainan dan mengganggu konsenstrasi pemain.

Hadiah ke atas

  • Semua hadiah adalah tertakluk kepada bilangan penyertaan.
Johan RM 500.00 + Hamper + T-Shirt
Naib Johan RM 400.00 + Hamper + T-Shirt
Ketiga RM 300.00 + Hamper + T-Shirt
Saguhati 4 RM 200.00 + T-Shirt
Saguhati 5
RM 100.00 + T-Shirt
Saguhati 6 RM 50.00 + T-Shirt

Ahli Jawatankuasa Penganjur ke atas

  • Urusetia Bowling Aktiviti Bowling Kelab Kebajikan Dan Rekreasi KKTP 2008.

    En. Nor Isham Narawi 088-256744
    En. Gabriel Chong 088-270527
    Pn. Nurashiqin Abdullah 088-222251
    En. Ardy Mustal 088-270528
    Pn. Diweh Hj. Daleh 088-270525
    En. Helmi Nawi 088-270528
    Pn. Dg. Faridah Pg. Fauzi 088-256744
    Pn. Suanah Abd Karim 088-222251
    Pn. Khatizah A. Sani 088-256744
    En. Tzahrin Mohd. Tahir 088-270528
    Cik Naney Egum 088-270525
    En. Janggol Sekul 088-256744

Keselamatan, First Aid ke atas

  • Jawatankuasa Pelaksana tidak membekalkan sebarang keperluan dalam first aid. Maka dengan itu peserta diminta membawa sendiri kelengkapan untuk sebarang kecederaan.
Penafian :
Pihak KKTP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Hakcipta Terpelihara 2007 @ Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan