Copyright 2019 - Majlis Daerah Kota Belud

 

 

 

 

 

Asal Usul Nama Kota Belud 

 

Kota Belud mendapat namanya daripada perkataan ‘KOTA’ yang bermaksud kubu pertahanan manakala perkataan ‘BELUD’ bererti bukit dalam bahasa ibunda Bajau. Kota Belud membawa pengertian kubu pertahanan di atas bukit.

 

Sejarah Kota Belud

 

Daerah Kota Belud atau nama asalnya Tempasuk terletak di bahagian Pantai Barat Utara negeri Sabah. Suatu ketika dahulu, daerah ini telah menjadi rebutan di antara Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

Berdasarkan catatan daripada diari William Pretyman (Residen Pertama Tempasuk, Kota Belud, 1878-1880), kawasan ini ketika di bawah pemerintahan kesultanan Sulu diperintah oleh Datu Si Raja Dinda dari Pandasan sekitar tahun 1850. Berikutnya, pemerintahan telah diambil alih oleh Ratu Rambangan bin Datu Baskal@Datu Amirbahal yang diiktiraf oleh kesultanan Brunei. Perbalahan dan keganasan sering berlaku pada zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah ini.

Perbalahan yang tercetus ekoran daripada kejadian rompakan, pembunuhan dan pencurian harta benda seperti kerbau, tanah dan hamba abdi didalangi oleh beberapa suku kaum daerah tersebut. 

Menurut catatan beberapa pegawai British seperti F.G Whelan, K.G Tregonning dan William Pretyman, kegiatan lanun juga berleluasa di daerah Tempasuk. Keamanan di Tempasuk telah dikembalikan selepas perlantikan William Pretyman sebagai Residen Pertama British pada 2 Mei 1878.  

 

Sumber : Arkib Negeri Sabah.  

Latar Belakang Kota Belud

 

·         Kota Belud merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Utara Negeri Sabah. Terletak di koordinat 6'21'8”N,116'25'9"E.

 

·      Mempunyai 3 Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (N.6 Tempasuk, N.7 Kadamaian, dan N.8 Usukan) 1 Bahagian Parlimen (P.169 Kota Belud)

 

·         Terletak 70 km dari Kota Kinabalu. 

 

 

 

 

NOTIS PENAFIAN

MAJLIS DAERAH KOTA BELUD

MAKLUM BALAS