|
PROFIL
Unit ini sebenarnya baru sahaja diwujudkan memandangkan keperluan unit ini yang kian memuncak ke atas sistem komputer dalam semua jabatan kerajaan. Unit ini diketuai oleh salah seorang daripada kakitangan Majlis dan dianggotai oleh semua ketua-ketua bahagian yang ada di Majlis.
Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan menyenggara segala sistem, maklumat dan data yang disimpan oleh Majlis supaya ke semua maklumat tersebut selamat dan boleh dicapai pada bila-bila masa. Unit ini juga berperanan sebagai satu bahagian yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat terkini dan informasi mengenai teknologi maklumat.
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan penggunaan IT dalam sistem pentadbiran Majlis Daerah Tenom untuk mencapai matlamat Wawasan Kerajaan Negeri
- Untuk memastikan sistem-sistem yang dibangunkan memenuhi matlamat dan kehendak pengurusan serta menyenggara sistem maklumat berkomputer, perkakasan, kerosakan, keperluan dan juga persekitaran IT yang diperlukan oleh kakitangan MDT
- Memberi latihan kepada semua kakitangan Majlis untuk memahirkan diri di dalam penggunaan komputer
- Memaksimumkan penggunaan komputer di seluruh bahagian
- Menyelenggara sistem-sistem aplikasi, perkakasan dan perisian komputer Majlis
- Bertanggungjawab mengkaji dan mengenal pasti peraturan kerja yang perlu dikomputerisasi.
- Menyediakan keperluan dan kelengkapan komputer.
- Merancang pelaksanaan teknologi maklumat selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
FUNGSI
- Mengawal dan mengemaskini Sistem Komputer di Majlis Daerah Tenom dari segi;
- Perisian (Software)
- Perkakasan (Hardware)
- Penjagaan Sistem
- Kawalan Inventori
- Penggunaan Internet
- Melengkapkan Local Area Network (LAN) di Pejabat Majlis
- Mengemaskini maklumat laman web Majlis
- Menghadiri kursus dan perbincangan dengan PBT lain mengenai sistem komputer atau IT
- Penambahan dan penukaran komputer untuk kegunaan kakitangan.
- Memastikan rangkaian dalaman 'intranet' dan internet beroperasi sepenuhnya.
- Bertanggungjawab ke atas aduan kerosakan, keperluan, dan kelengkapan komputer Majlis.
- Backup maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut jadual tertentu
- Mengemaskini maklumat sistem maklumat personel
- Menyediakan satu pangkalan data yang boleh menyimpan maklumat-maklumat Majlis Daerah Tenom
- Menjadi sumber rujukan kepada jabatan-jabatan yang lain yang memerlukan maklumat-maklumat yang berkaitan.
|