Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta
Kalimaran 2010

28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
PROFIL

Diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (N9) serta dua orang Pembantu Tadbir Rendah (N11), seorang Jururawat Desa dan seramai 45 orang Pekerja Rendah Awam.

Bahagian ini bertanggungjawab bagi memproses semua permohonan lesen baru / pembaharuan, pengawalan kebersihan tempat-tempat makan, mengawasi aktiviti penjagaan kebersihan kawasan termasuklah kerja-kerja pengutipan dan pelupusan sampah, pembersihan longkang, pembersihan kawasan kedai dan pemotongan rumput dalam kawasan Majlis.

OBJEKTIF
  • Mewujudkan satu sistem kawalan kesihatan yang cekap dan berkesan untuk mencapai tahap amalan kesihatan yang berkualiti.
  • Untuk menentukan keselesaan penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Tenom melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, perancangan dan pengawalan mengikut keperluan semasa selaras dengan dasar Majlis.
  • Melesenkan semua premis perniagaan yang telah diperuntukan dalam undang-undang kecil Majlis
  • Memastikan semua premis perniagaan yang dilesenkan mematuhi syarat-syarat lesen
  • Memastikan tahap kebersih premis dan pengendali makanan adalah ditahap yang tinggi dan selamat serta bebas dari sebarang pencemaran.
FUNGSI
  • Melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan taman perumahan, padang permainan, kawasan lapang (milik Majlis) dan bahu-bahu jalan dalam kawasan Majlis
  • Menyelenggara sistem peparitan dan longkang dalam kawasan Majlis
  • Pengutipan sampah sarap mengikut jadual dan pelupusan sisa pepejal
  • Menjaga kebersihan bandar, membersihkan jalan-jalan dan lorong-lorong di kawasan pekan daripada semua bentuk halangan dan juga sampah sarap.
  • Mempertingkatkan kawalan pencemaran Alam Sekitar
  • Menyelaras dan membantu aktiviti sosial berhubung dengan kebersihan
  • Menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan awam
  • Mempertingkatkan tahap 'Food Hygiene' di kalangan pengendali makanan dan mengambil langkah-langkah mencegah pencemaran silang
  • Mengurangkan dan menghapuskan kacauganggu
  • Menjaga kebersihan pasar awam dan tandas awam
  • Menjaga kebersihan tempat-tempat awam, taman rekreasi, dewan-dewan milik Majlis, padang permainan dan kawasan lapang dalam kawasan Majlis
  • Bekerjasama dengan pihak lain dalam menjalankan aktiviti gotong royong
  • Mengawal dan memastikan kebersihan persekitaran pekan, bangunan, gerai dan kesihatan peniaga
  • Mengawal lesen-lesen gerai makanan
  • Pengawalan pertumbuhan gerai-gerai haram
  • Menerima, memproses dan pengawalan permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen perniagaan di bawah bidang kuasa Majlis
  • Menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam dan padang / taman permainan
  • Melaksanakan kerja-kerja penangkapan dan penghapusan binatang yang berkeliaran di sekitar pekan Tenom seperti anjing liar.
  • Melaksanakan pemeriksaan ke atas semua premis perniagaan bagi menentukan tahap kebersihan dan segala syarat-syarat dipatuhi.
  • Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan dan Kesihatan Majlis
PIAGAM PELANGGAN
  • Kami membersihkan jalan-jalanraya, kawasan tamu, lorong-lorong kedai dan bahu-bahu jalan dalam pekan setiap hari.
  • Kami memberi perkhidmatan pungutan sisa pepejal tiga kali seminggu di kawasan komersial dan dua kali seminggu di kawasan taman-taman perumahan.
  • Kami memberi perkhidmatan pemotongan rumput sekali dalam 2 minggu di kawasan komersial dan di jalan utama dan sekali sebulan di taman perumahan.
  • Kami memberi perkhidmatan pembersihan parit dan longkang sekali sebulan bagi kawasan perniagaan / kedai dan sekali dalam tiga bulan bagi kawasan perumahan.
  • Kami akan memproses dan membuat keputusan permohonan baru lesen-lesen perniagaan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah seperti berikut;