|
Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telahpun mendapat perhubungan jalanraya, samada ianya dibina oleh Kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun Syarikat-Syarikat Pembalakan. Selain itu terdapat juga perkidhmatan keretapi daripada Stesyen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.
|