Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta
Kalimaran 2010

28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Kerja ( N6 ) dan dibantu oleh seorang PembantubTadbir ( N7 ) serta seorang Pembantu Tadbir ( N9 ), seorang Pembantu Tadbir Rendah, seorang Pembantu Am Rendah, seorang Pemandu dan dua orang Pekerja Rendah Awam.

Bahagian ini bertanggungjawab mengenai perlantikan kakitangan, pengesahan jawatan, pengemaskinian rekod perkhidmatan kakitangan, urusan cuti kakitangan, penyediaan laporan prestasi kakitangan, kemasukan dalam taraf berpencen, persaraan kakitangan dan urusetia Jawatankuasa Mesyuarat Tindakan Tatatertib dan Jawatankuasa Temuduga dan Pilihan Kakitangan.

OBJEKTIF

Pengurusan personel dan pentadbiran yang cekap dan berkesan, mengikut peraturan dan kehendak Ordinan Kerajaan Tempatan serta pekeliling-pekeliling yang berkenaan dari masa ke semasa dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan kakitangan kearah perkhidmatan yang berkualiti melalui latihan dan disiplin.

FUNGSI
  • Menyediakan iklan jawatan kosong untuk disiarkan dalam akhbar.
  • Menguruskan panggilan temuduga dan penyediaan surat perlantikan
  • Sebagai Urusetia Mesyuarat kepada Jawatankuasa Tindakan Tatatertib dan Jawatankuasa Temuduga dan Pilihan Kakitangan
  • Menyediakan dan menyelenggara buku rekod perkhidmatan kakitangan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan dalam skim pencen, kursus, latihan, bengkel, peperiksaan, persaraan, cuti dan sebagainya dengan kemas kini.
  • Merekod dan menjaga kenyataan cuti kakitangan.
  • Mengurus semua Mesyuarat Majlis dan penyediaan surat-menyurat mesyuarat.
  • Urusan lantikan Ahli Majlis Daerah.
  • Urusan 'SULIT' jabatan.
  • Mempastikan perkhidmatan kakitangan, fail meja, sasaran kerja tahunan dan laporan prestasi kakitangan disediakan mengikut jadual.
  • Mempastikan kawalan dan pengurusan fail yang cekap dan berkesan.
  • Mengurus stok dan pelupusan dengan cekap dan ekenomik.
  • Menerima dan merekodkan aduan yang diterima.
  • Menguruskan koordinasi Bahagian lain melalui mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian / Kakitangan.
  • Mengurus dan menyelaras laporan prestasi tahunan kakitangan semua bahagian bagi maksud pergerakan gaji tahunan (SSB).
  • Mengurus dan menjalankan tindakan tatatertib ke atas kakitangan yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Printah-Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Tatatertib.
  • Mempastikan keperluan sumber manusia yang mencukupi dan berkualiti
  • Mempastikan ruang, peralatan dan kelengkapan pejabat selesa dan mencukupi
  • Melaksanakan Pekeliling-Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
  • Mengurus aduan dan cadangan daripada orang awam dengan lebih berkesan

    PIAGAM PELANGGAN

  • Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman antara staf MDT dengan pelanggan untuk membolehkan MDT memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta mengekalkan imej Majlis yang baik
  • Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkualiti.
  • Menyambut pelanggan dengan layanan mesra.
  • Mempastikan persekitaran pejabat sentiasa bersih, indah dan ceria selalu.
  • Menyediakan tunjuk arah yang secukupnya di persekitaran kawasan pejabat dan di dalam pejabat.
  • Mengadakan ruang menunggu yang selesa dan bersih.
  • Sentiasa prihatin keatas teguran dan pandangan orang awam dalam usaha meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan
  • Mempastikan kakitangan yang baru dilantik menduduki peperiksaan perkhidmatan / kursus induksi dalam tempoh percubaan.
  • Memberi maklumbalas dalam tempoh satu minggu dari tarikh pengaduan.
  • Mengambil tindakan keatas surat-surat dalam dua hari selepas diterima.