Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta
Kalimaran 2010

28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
PROFIL

Diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa dan dibantu oleh lima pembantu Penguatkuasa serta tiga orang Pekerja Rendah Awam.

Bahagian ini bertanggungjawab bagi menguatkuasakan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan Majlis bagi mempastikan setiap aktiviti adalah mengikut kawalan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Tenom.

Berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman, tersusun dan harmoni kepada semua masyarakat di dalam kawasan Majlis.

OBJEKTIF
  • Menerima dan memberi maklumbalas atas aduan yang diterima dari orang awam mengenai hal-hal penguatkuasaan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan Majlis.
  • Menguatkuasakan undang-undang kecil Majlis dan mengambil tindakan bagi mempastikan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan Majlis dipatuhi.
  • Mewujudkan sistem perundangan dan penguatkuasaan yang lengkap, sistematik, berwibawa dan konsisten untuk mencapai kehidupan bandar yang mempunyai kesedaran sivik, bertanggungjawab dan penyayang.
  • Menguatkuasakan segala peruntukan Akta, Ordinan dan Undang-Undang Kecil yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Tenom serta mendidik dan melatih penduduk di kawasan Majlis agar mematuhi segala Undang-Undang yang sedia ada.
  • Memastikan semua premis perniagaan yang dilesenkan mematuhi syarat-syarat lesen
  • Memastikan tiada rumah setinggan yang baru didirikan dalam kawasan Majlis serta memantau rumah-rumah setinggan yang telah wujud.
  • Memastikan tiada aktiviti perniagaan yang dijalankan di kaki-kaki lima kedai
FUNGSI
  • Menguatkuasakan segala peruntukan di bawah Ordinan dan Undang-Undang Kecil bagi segala urusan yang termaktub berdasarkan kepada Ordinan dan Undang-Undang Kecil Majlis.
  • Mengeluarkan notis dan kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang melanggar peruntukan, Ordinan dan Undang-Undang Kecil sedia ada terhadap orang ramai yang tinggal di kawasan Majlis.
  • Memastikan segala polisi-polisi dan dasar Majlis yang dikuatkuasakan dipatuhi oleh orang ramai di samping peruntukan-peruntukan Ordinan dan Undang-Undang.
  • Mewujudkan suatu sistem perundangan dan penguatkuasaan yang adil dan saksama.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan secara mesra, cekap, berkesan dan adil.
  • Mewujudkan perhubungan awam yang baik dengan orang awam
  • Menyediakan dan memberi pendidikan perundangan secara formal dan tidak formal.
  • Mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja yang tidak mematuhi undang-undang.
  • Mengawal kacauganggu dalam kawasan Majlis.
  • Melaporkan dan bertindak ke atas bangunan yang dibina tanpa kelulusan pelan.
  • Memantau dan mengawal pertumbuhan penempatan setinggan.
  • Mengkompaun peniaga yang berada di premis yang tidak dilesenkan di bawah Undang-undang Kecil
  • Bertanggungjawap merangka notis - notis dan waran serta arahan - arahan mandatori.
  • Menyemak dan memeriksa lesen - lesen perniagaan keatas premis - premis dalam kawasan Majlis.
  • Mengambil tindakan mengkompaun kesalahan mengikut Undang - Undang Kecil ( Anti Sampah ) Majlis Daerah Tenom, 1983
  • Menjadi tanggungjawab unit in untuk memastikan semua premis perniagaan harus mempunyai lesen daripada Majlis.
  • Memastikan kaki lima premis perniagaan harus lapang daripada diletakkan kenderaan dan lain-lain barangan perniagaan.
  • Memastikan semua dan setiap pembinaan harus mendapat kelulusan daripada Majlis.
  • Menjalankan tindakan pendakwaan / mahkamah bagi setiap kompaun yang gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menerima aduan mengenai pelanggaraan Undang-undang atau syarat-syarat lesen daripada orang awam atau pegawai atasan
  • Melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersama ( Polis ,Imegresin,Jabatan Kesihatan,Jabatan Pendaftaran Negara ,Bomba,Kastam,Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna ) yang mana diperlukan untuk turut serta dalam operasi.
  • Mengambil tindakan terhadap orang awam yang membuang sampah di merata - rata tempat awam.
  • Mengambil tindakan terhadap penduduk/penghuni kedai dan rumah kediaman yang tidak menyediakan tong sampah yang standard.
  • Mengambil tindakan sitaan terhadap perniagaan, halangan kakilima/tempat awam dan penjaja tanpa lesen yang sah dari Majlis.
  • Mengambil tindakan terhadap perniagaan tanpa lesen dan pembinaan baru, tambahan bangunan tanpa kelulusan / kebenaran dari Majlis.
  • Mengeluarkan dan menyerahkan notis pemberitahu kesalahan kepada orang yang melakukan kesalahan.
  • Mengambil tindakan menyita barang - barang dipremis penghuni yang gagal membayar cukai taksiran / sewa.
PIAGAM PELANGGAN
  • Kami menjanjikan layanan yang mesra kepada semua penduduk sekitar kawasan Majlis Daerah Tenom terutama kepada pembayar cukai yang bermasalah dari segi penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Majlis.
  • Mempastikan rondaan dibuat setiap hari di tempat-tempat tumpuan awam seperti di Pasar Baru Tenom, Mini Emporium, Pasar Malam dan perhentian bas.
  • Mengurangkan kacauganggu ternakan seperti lembu / kerbau dan kambing terbiar serta kacauganggu kakilima dan tempat-tempat awam di paras yang paling minima
  • Sebarang aduan atau maklumat boleh dibuat melalui talian telefon 087-736736 atau 087-735553
  • Setiap aduan akan diambil tindakan dalam tempoh dua hari.