Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta
Kalimaran 2010

28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
PROFIL

Diketuai oleh seorang Pembantu Teknik yang memangku jawatan Jurutera. Pada mulanya bahagian ini mempunyai seramai 11 orang pekerja di bawahnya tetapi oleh kerana tugas-tugas penyelenggaraan jalanraya telah diswastakan oleh kerajaan maka para pekerja di bawahnya telah dipindahkan ke bahagian perkhidmatan bandar.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran hidup yang harmoni dan selesa melalui kawalan pembangunan dan penyediaan prasarana serta kemudahan awam
  • Merancang, melaksana dan mengawal semua aspek pembangunan fizikal berasaskan kepada dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia, undang-undang dan polisi yang diterima pakai oleh Majlis
  • Menguatkuasa undang-undang kecil yang diterima pakai seperti Undang-Undang Kecil Bangunan dan sebagainya untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan yang baik lagi cekap dari masa ke semasa
  • Sebagai agensi pelaksana Dasar Pembangunan Nasional serta lain-lain dasar kerajaan negeri
  • Memberi perkhidmatan pandangan dan ulasan kepada agensi kerajaan yang lain bagi memproses sesuatu permohonan yang terletak di dalam kawasan penguatkuasaan Majlis
  • Menyediakan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan awam, sosial, riadah dan infrastruktur bagi mencapai kehidupan yang selesa
  • Menyediakan ruang perniagaan dan industri bagi meningkatkan taraf ekenomi penduduk setempat
  • Menyediakan anggaran belanjawan bagi projek pembangunan dan mempastikan projek dilaksanakan mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Majlis, Negeri dan Persekutuan
  • Melaksanakan dan mengawasi projek-projek Majlis sehingga siap pelaksanaannya
  • Menyediakan anggaran kos projek yang hendak dilaksanakan mengikut kadar harga semasa bagi pengeluaran tawaran tender dan sebutharga
  • Mempastikan projek-projek penyelenggaraan yang dilaksanakan memenuhi kehendak orang ramai
  • Mengawasi dan memastikan pembangunan tanah serta apa jua pembinaan infrastruktur, bangunan mematuhi panduan, undang-undang kecil Majlis dan ordinan/akta yang diterima pakai.
  • Merancang pembinaan fizikal seperti infrastruktur yang terdiri daripada jalan, longkang dan juga tempat-tempat kemudahan sosial
  • Menjadikan pekan Tenom maju dengan semua kemudahan yang lengkap, bermutu dan selesa
  • Menentukan semua pembangunan fizikal dilaksanakan secara cekap dan teratur

MOTTO

"Pembangunan Kejuruteraan Nadi Kecermelangan Dan Kesejahteraan"

FUNGSI
  • Menerima, memproses serta menyemak permohonan bagi kelulusan pelan pembangunan, pelan bangunan, pelan bangunan rumah persendirian, pelan jalan dan parit, kerja-kerja tanah serta lampu dan Sijil Layak Menduduki (O.C).
  • Memproses permohonan tambahan / pindaan ( pengubahsuaian ) bangunan, membaiki bangunan dan untuk mendapatkan bekalan air / elektrik
  • Memberi ulasan dan pandangan mengenai permohonan pembahagian tanah, ubah syarat atau pecah sempadan untuk skim perumahan, kilang dan lain-lain
  • Menguatkuasakan dan melaksanakan tindakan undang-undang kecil Majlis
  • Merekod dan mengemaskini maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Bahagian Pembangunan untuk perancangan dari masa ke semasa
  • Merancang, menyelaras dan mengesan aktiviti-aktiviti berhubung dengan kejuruteraan dan bangunan supaya dapat melahirkan imej yang positif dan dapat menyempurnakan dua fungsi utama Majlis iaitu;
  • Berkemampuan melaksanakan projek pembangunan serta memberikan perkhidmatan penyelenggaraan prasarana yang berkualiti kepada masyarakat umum khasnya kepada pembayar cukai
  • Berperanan sebagai agen pelaksana kepada penduduk di dalam kawasan Majlis
  • Melaksanakan projek-projek pembangunan yang dirancang mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Majlis, Negeri dan Persekutuan
  • Memastikan projek dilaksanakan menepati kehendak orang awam
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dengan kadar yang maksima dan menyediakan kemudahan persiapan tempat bagi kemudahan orang awam
  • Memastikan setiap pengaduan yang berkaitan dengan kerja-kerja kejuruteraan awam dapat dipenuhi berdasarkan kepada keperluan unadang-undang kecil Majlis.
  • Membantu menyediakan anggaran peruntukan
  • Mengawasi kerosakan dan pemasangan lampu jalan dalam kawasan Majlis
  • Bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta harta Majlis
  • Menyediakan spesifikasi bagi cadangan projek yang hendak dilaksanakan
  • Membuat pemeriksaan akhir bagi setiap projek yang telah siap perlaksanaannya
  • Menyediakan laporan penilaian tender dan sebutharga bagi Jawatankuasa Tender
  • Melakukan lawatan dan pemeriksaan ke tapak-tapak pembinaan perumahan, perdagangan dan perindustrian
  • Bertanggungjawab keatas penyelenggaraan bangunan-bangunan Majlis
  • Bertanggungjawab keatas penyelenggaraan jalan-jalan dalam pekan
  • Bertanggungjawab keatas pengurusan dan penyelenggaraan stor serta bengkel Majlis
  • Memperbaiki serta menaiktaraf sistem infrastruktur di dalam kawasan MDT seperti jalan, parit, lampu jalan dan lain-lain lagi.
  • Menerima dan menyiasat aduan yang diterima dari penduduk-penduduk tentang kerosakan sistem infrastruktur termasuk hal-hal berkenaan dengan tanah runtuh dalam kawasan MDT dan seterusnya mengambil tindakan yang bersesuaian.
  • Membangunkan kawasan-kawasan kampung tradisi atau moden di dalam kawasan MDT dalam segala aspek kemudahan awam melalui peruntukan yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri.
  • Menyelenggara aset-aset Majlis seperti Pejabat Majlis, bengkel, stor serta dewan-dewan serbaguna dan premis-premis sewaan Majlis dalam kawasan Majlis Daerah Tenom.
  • Melaksana projek-projek Majlis dari peringkat awal iaitu bermula dari penyediaan dokumen-dokumen hinggalah ke peringkat pengawasan semasa pembinaan.
  • Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Perancangan Bandar.
  • Mengawal perancangan dan proses pembangunan dalam Daerah Tenom berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pemaju mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
  • Menyemak dan memproses permohonan untuk kelulusan pelan-pelan pembangunan yang dikemukakan.
  • Mengawasi dan memastikan pembangunan yang dibina dalam kawasan Majlis mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Kami menyelenggara kerosakan lampu-lampu jalanraya, sistem pembetungan dan bangunan-bangunan Majlis dalam tempoh satu minggu.
  • Kami memproses dan meluluskan permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh berikut:-
BilJenis PelanTempoh
aPelan pecah tanah peringkat satu3 bulan
bPelan bangunan projek komersial / perumahan8 minggu
cPelan bangunan rumah kediaman6 minggu
dPelan ubahsuai / sambung bangunan3 minggu
ePelan kerja tanah2 minggu
fPelan jalan dan parit2 minggu
gPelan pembetungan2 minggu
Sijil Layak Menduduki ( O. C ) akan dikeluarkan dalam tempoh berikut:-
aBangunan sesebuah6 minggu
bProjek perumahan / komersial 8 minggu