LOKASI DAERAH/TOPOGRAFI/TANAH PERTANIAN.
Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi adalah bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan, merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi. Manakala taburan hujan di Daerah Tenom pada tahun 2000 ialah 1,937.9mm.
|