Majlis Daerah Tenom telah ditubuhkan pada 01hb Januari 1962 sebagai sebuah
Kerajaan Tempatan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961. Penubuhan Majlis Daerah
Tenom telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mr. G. L. Gray, Setiausaha Kerajaan
Tempatan dan turut hadir pada ketika itu adalah Resident bagi Pedalaman iaitu
Mr. W. S. Holley. Pengerusi Majlis Daerah Tenom yang pertama adalah Pegawai Daerah
Mr. William Lim dan Timbalan Pengerusi adalah Mr. Chiew Vui Kiet.
Majlis Daerah Tenom merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di negeri Sabah.
Ianya terletak di kawasan Pedalaman Sabah, dalam daerah Tenom yang bersempadankan dengan daerah Papar
di utara, daerah Beaufort di barat, daerah Sipitang di barat-daya, Wilayah Kalimantan Indonesia di selatan,
daerah Pensiangan di tenggara dan daerah Keningau di timur.
Pada mulanya pejabat Majlis Daerah ditempatkan di bangunan Pejabat Daerah
kerana pada ketika itu Majlis Daerah masih belum mempunyai bangunan sendiri.
Tetapi pada tahun 1980 pejabat Majlis Daerah telah dipindahkan ke bangunan
Dewan Datuk Seri Panglima Antenom dan pada tahun 1984 Majlis Daerah akhirnya mempunyai bangunan pejabat sendiri
iaitu Wisma Majlis Daerah Tenom.
|