Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Pengerusi
Kg. Batu Apar

3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta
Kalimaran 2010

28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
PROFIL

Unit ini sebenarnya baru sahaja diwujudkan pada Mei 2002 memandangkan pekan Tenom semakin dikunjungi oleh pelawat-pelawat dari luar sehubungan dengan pembukaan rasmi Taman Pertanian Sabah, di Lagud Sebrang. Seorang Pembantu Penguatkuasa yang telah menerima latihan dan kursus lanskap telah ditugaskan untuk mengetuai unit ini dengan dibantu oleh lima orang Pekerja Rendah Awam. OBJEKTIF

  • Menyelenggara dan meningkatkan keindahan alam sekitar melalui program penanaman pokok-pokok utama ( teduhan ) serta ornamental dan juga pengwujudan taman-taman rekreasi / riadah
  • Meningkatkan kualiti hidup dengan memaksimakan serta mengwujudkan suasana persekitaran yang BERSIH, CANTIK, TERSUSUN DAN NYAMAN
  • Menjadikan Tenom sebagai sebuah pekan dalam taman dengan penanaman pelbagai jenis flora dan fauna yang menghijau dan berwarna-warni
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi kepada masyarakat tempatan serta menggalakkan mereka menceburkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah
  • Melaksanakan Program Penghijauan Jalan

    FUNGSI

  • Menyelenggara keindahan bangunan di bawah jagaan Majlis dan persekitarannya dengan menanam bunga, memotong rumput, membersih dan melandskap bangunan berkenaan
  • Melaksanakan kerja-kerja merancang, merekabentuk, penanaman pokok utama, scrub dan membuat penyelenggaraan untuk menjaga elemen-elemen landskap sentiasa terjaga
  • Penyelenggaraan tapak semaian dan pokok-pokok semaian untuk bunga hiasan luar dan dalaman.
  • Menyediakan rancangan projek pengindahan bandar
  • Mempelbagaikan pokok-pokok bunga di tapak semaian dengan menyemai benih-benih bunga yang diperlukan
  • Menyiram pokok-pokok bunga apabila musim kemarau